SALAM MAHABBAH BUAT SEMUA SAHABAT

Wednesday, 7 November 2012

Syarat dan Persoalan Mengenai Solat Qasar


SOLAT QASAR



SYARAT-SYARAT SAH SOLAT QASAR[1]

1. Solat yang hendak di qasarkan adalah solat fardhu empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’. Solat Subuh, Maghrib, solat nazar dan solat sunat tidak boleh qasar.

2. Mempunyai tujuan destinasi tertentu. Sekiranya seseorang hanya mengetahui arah yang hendak di tuju tanpa mengetahui tujuan destinasi, keadaan ini sudah memadai untuk solat qasar. Oleh itu, al-haiim ( هائم iaitu orang yang tidak tahu arah tujuan tertentu tidak boleh solat qasar. Untuk situasi orang yang mengikut ketuanya tanpa mengetahui ke mana hendak di bawa, mereka tidak boleh solat qasar kecuali setelah menjangkau jarak perjalanan yang jauh. Ini kerana telah di yakini jarak perjalanan sudah jauh.

3. Perjalanan (safar) yang mubah. Perjalanan bukan bukan bertujuan maksiat. Safar yang makruh tidak memberi kemudaratan  kerana perbuatan makruh tidak berdosa.

4. Perjalanan (safar) kerana tujuan yang sahih seperti tujuan perniagaan. Sementara bermusafir tujuan yang tidak benar, ialah safar tanpa tujuan yang sahih seperti melancong dan bersiar-siar kerana melihat negara tanpa niat yang baik[2]

5. Jarak perjalanan (safar) adalah  2 marhalah atau lebih. Menurut kebanyakan ulama Syafie, anggaran 2 marhalah pada zaman sekarang ialah 81 km[3]. Terdapat sebahagian ulama’ mengiranya 89 km[4]. Justeru berpegang dengan anggaran ini juga sudah memadai.

6. Perjalanan (safar) telah melepasi benteng pada negeri yang mempunyai benteng atau melepasi kawasan bangunan jika negeri tersebut tidak ada benteng. Orang yang masih berada di kawasan pagar qaryah atau kawasan bangunan qaryah tidak di namakan musafir. Hal ini kerana perjalanan musafir tersebut hanya bermula sebaik sahaja melepasinya dan akan berakhir apabila sampai semula ke kawasan itu[5].


8. Berterusan dalam perjalanan sehingga selesai solat. Sekiranya seseorang bermukim di pertengahan solat atau berniat mukim di pertengahan solat, dia wajib solat secara sempurna (tamam).


9. Berniat qasar ketika takbiratul ihram seperti berkata:

aku solat fardhu Zuhur Qasar kerana Allah Taala” atau “aku solat fardhu Zuhur dua rakaat kerana Allah Taala”. Sekiranya seseorang lupa berniat qasar ketika takbiratul ihram, wajib solat secara tamam.

10. Memelihara sebarang perkara yang menafikan niat solat qasar di setiap solat seperti niat solat secara sempurna (tamam) atau syak ketika niat qasar atau berniat bermukim atau dia syak berniat qasar atau tidak, atau dia berniat qasar kemudian syak adakah dia berniat qasar atau tamam ketika pertengahan solat. Pada semua keadaan yang disebutkan ini, dia wajib solat secara tamam.

11. Tidak mengikuti Imam yang solat secara sempurna (tamam) di mana-mana perlakuan solatnya meskipun pada tasyahud atau pada salam.

12. Tidak berniat menetap selama 4 hari di tempat yang di tuju tidak termasuk hari masuk dan hari keluar. Apabila berniat menetap 4 hari jadilah tempat yang di tuju itu seolah-olah negerinya atau tempat tinggalnya yang tetap. Oleh itu dia tidak harus solat qasar lagi di tempat tersebut dan haknya untuk solat qasar kekal ketika berada dalam perjalanan (safar) sahaja. Ada dua situasi dalam masalah ini, situasi pertama, seseorang yang berniat tinggal di suatu tempat kurang daripada 4 hari, dia harus solat qasar. Situasi kedua seseorang tidak pasti tempoh tinggal di suatu tempat kerana melakukan tugas yang belum diketahui tarikh selesainya, dia harus solat qasar sehingga 18 hari tidak termasuk hari masuk dan hari keluar.

13. Tidak mengikut Imam yang bermukim. Jika seseorang mengikut Imam bermukim, dia hendaklah sepenuhnya mengikut solat Imam tersebut dan tidak harus solat qasar. Sebaliknya sekiranya musafir tersebut yang menjadi Imam kepada orang bermukim, di sunatkan sebaik sahaja selesai memberi salam, dia bersegera memberitahu makmum dengan berkata: “cukupkan solat kalian, aku adalah seorang musafir[7].

SOAL JAWAB BERHUBUNG  SOLAT QASAR[1]

_________________________________________________________________________________
1-Adakah solat qasar itu wajib atau kelonggaran (rukhsah)?

Jawapan:

Para ulama’ telah berbeza pendapat adakah solat qasar itu wajib atau rukhsah. Pendapat tersebut terbahagi kepada dua mazhab:
i-Mazhab pertama: bahawa solat qasar itu Kelonggaran (rukhsah), maka sekiranya mahu qasar, boleh qasar dan jika mahu solat secara tamam(sempurna), boleh solat secara tamam. Ini adalah pandangan Imam Syafie dan Imam Ahmad.
ii-Mazhab Kedua: bahawa solat qasar itu wajib dan dua rakaat yang dikerjakan, kedua-duanya adalah kesempurnaan solat bagi musafir. Ini adalah pandangan mazhab Abu Hanifah.
Sementara menurut Imam Malik, solat qasar adalah sunat bukan wajib[2].



_________________________________________________________________________________

2-Apakah yang paling afdhal: Solat qasar atau solat secara tamam?

Jawapan:

Solat qasar afdhal dikerjakan di empat keadaan:

  • Sekiranya jarak perjalanan sampai 3 marhalah (lebih kurang 122KM / 134 KM) kerana keluar dari khilaf ulama’ yang mewajibkan solat qasar seperti Imam Abu Hanifah.

  • Sekiranya wujud di dalam dirinya kebencian melaksanakan solat qasar.

  • Sekiranya syak terhadap dalil keharusan solat qasar.

  • Sekiranya seseorang tersebut adalah orang tauladan atau ikutan di sisi masyarakat[3].


 Selain dari keadaan ini, solat secara sempurna (tamam) adalah lebih afdhal [4].



_________________________________________________________________________________ 


3-Berapakah jarak sebenar perjalanan (safar) di bolehkan solat qasar. Ada yang berpendapat 83km, 87km, 89km, 90km. Apakah Jarak  yang tepat?

Jawapan:

Perbezaan terjadi dalam penentuan jarak kerana mereka para ulama’ berbeza dalam penentuan nilai ukuran zira’(hasta), mil(batu), farsakh dan barid. Menurut kebanyakan ulama’ syafie, anggaran dua marhalah di zaman sekarang ialah bersamaan 81km dan 89 km. Justeru berpegang dengan anggaran ini sudah memadai.

 _________________________________________________________________________________

4-Sekiranya seorang makmum syak terhadap niat Imam: Adakah Imam berniat qasar atau tidak? Berdasarkan situasi ini, adakah makmum harus solat qasar?

Jawapan:

Makmum harus menggantungkan niat qasar jika mengetahui bahawa imam tersebut adalah seorang musafir. Hendaklah  makmum berkata:
نَوَيْتُ القَصْرَ إِنْ قَصَرَ الإِمَامُ أَوْ نَوَيْتُ الإِتْماَمَ إِنْ أَتَمَّ
“Sahaja aku solat qasar jika imam menqasarkan solat atau sahaja aku solat secara sempurna jika Imam menyempurnakan solat”
Berlainan situasi, sekiranya makmum syak terhadap status Imam (adakah Imam bermukim atau seorang musafir), dalam situasi ini, makmum tidak harus menggantungkan niat dan makmum wajib  solat secara sempurna (tamam).
_________________________________________________________________________________ 

5-Apakah keadaan-keadaan yang menyebabkan terputus perjalanan (safar)?

Jawapan:

Terputus safar pada dua keadaan dan dua keadaan tersebut haram solat qasar:
i- Makisin mustaqilin (orang yang berhenti yakni orang yang bukan sedang bergerak meneruskan perjalanan ke destinasinya[5]dan tidak mengikut orang lain)[6] berniat pulang ke tanah airnya dan baki jarak ke tanah airnya kurang dua marhalah[7]. Sekiranya baki jarak ke tanah airnya lebih 2 marhalah, di sini bermula safarnya yang baru.
ii- Niat bermukim di suatu negeri selama 4 hari atau lebih tidak termasuk hari ketibaan dan hari berangkat pulang[8].
 _________________________________________________________________________________

6- Zaid singgah di suatu tempat kerana perlu menyelesaikan urusan lalu dia meramalkan urusan atau hajatnya akan selesai dalam tempoh kurang 4 hari. Namun, urusannya tidak selesai pada tarikh yang di harapkan dan kelewatan terus berlanjutan. Apakah Zaid boleh mengambil kelonggaran (rukhsah) solat jama’ dan qasar?

Jawapan:

Zaid harus mengambil rukhsah sehingga 18 hari[9]tidak termasuk hari ketibaan dan berangkat pulang,  dengan harapan, setiap hari ke hari yang di laluinya, dia sentiasa berharap urusannya akan selesai. Jika dia sudah mengetahui urusannya akan selesai 4 hari ke atas, dia tidak boleh mengambil rukhsah jama dan qassar.  
 _________________________________________________________________________________

7-Apakah Hukum Zaid mengqasarkan solat yang terluput?

Jawapan:
  • Sekiranya solat itu terluput ketika Zaid sedang bermusafir dan dia ingin qadha ketika dalam musafir juga, Zaid harus mengqasarkan solat yang terluput itu.
  • Sekiranya solat terluput ketika Zaid sedang bermukim dan dia ingin qadha ketika bermusafir, Zaid wajib solat secara tamam
  • Sekiranya solat terluput ketika zaid bermusafir dan dia ingin qadha ketika bermukim, Zaid wajib solat secara tamam seperti situasi di atas

 _________________________________________________________________________________

8.Sekiranya Zaid syak di dalam solat: Adakah solat tersebut terluput ketika bermusafir atau bermukim?

Jawapan:

Sekiranya berhadapan situasi ini, haram mengqasarkan solat yang sudah luput di semua keadaan berikut.



 _________________________________________________________________________________

9.Sekiranya Zaid mempunyai 2 jalan ke tempat destinasinya: jauh dan dekat lalu Zaid memilih jalan yang jauh. Adakah dia harus solat qasar di dalam perjalanan tersebut atau tidak?

Jawapan:

Sekiranya Zaid memilih jalan tersebut kerana ada tujuan yang benar seperti jalan tersebut mudah atau jalan tersebut aman[1], dia harus solat qasar di dalam perjalanan(safar) itu. Berlainan situasi, jika Zaid tiada tujuan seperti dia mengambil jalan jauh supaya dapat solat qasar, Zaid tidak harus solat qasar.
   ________________________________________________________________________________

10.Sekiranya Zaid berniat hendak solat qasar tetapi zaid mengubah niat untuk solat secara tamam ketika sedang solat tanapa sebarang hajat. Apakah hal itu dibenarkan?

Jawapan:

Dibenarkan, Zaid harus solat secara tamam.


 _________________________________________________________________________________

11.Sekiranya seorang hamba bermusafir bersama tuannya atau isteri bersama suaminya dalam keadaan hamba dan isteri tersebut tidak mengetahui hala tuju tuan atau suami. Apakah mereka di benarkan mengambil kelonggaran (rukhsah)?

Jawapan:

Untuk situasi ini, hamba dan isteri tidak harus mengambil kelonggaran (rukhsah) sebelum melepasi jarak dua marhalah melainkan kedua-duanya mengetahui bahawa tuan atau suaminya akan melepasi jarak dua marhalah.


 _________________________________________________________________________________

12-Zaid bermusafir kerana bertujuan melakukan maksiat. Lantaran itu, dia tidak boleh mengambil kelonggaran (rukhsah) solat qasar. Bagaimana hukum ketika Zaid dalam perjalanan (safar) pulang ke kembali tanah air. Tujuannya adalah pulang ke tanah air dan sedia maklum tujuan tersebut adalah harus. Adakah Zaid boleh solat qasar ketika perjalanan pulang?

Jawapan:

Zaid boleh mengambil kelonggaran (rukhsah) tersebut.

 _________________________________________________________________________________ 

13-Hukum melakukan solat qasar adalah harus sahaja, bukan wajib. Namun kadang-kala solat qasar menjadi wajib. Persoalannya, bilakah solat qasar menjadi wajib ketika sedang bermusafir?

Jawapan:

Di wajibkan qasar solat apabila waktu solat hanya berbaki tempoh masa boleh di laksanakan solat dua rakaat sahaja. Ini kerana, jika seseorang solat secara sempurna (tamam), sudah pasti sebahagian solatnya akan berada di luar waktu, sedangkan dia mempunyai pilihan melakukan solat tersebut di dalam waktunya sekiranya solat secara qasar.




[1] Di antara tujuan yang benar lagi ialah bersiar-siar dengan niat yang baik


[1] Taqrirat as Sadidah hal.316, Kifayatul Akhyar hal.192, al Imta’ Bi Syarhi Matn Abi Suja’ Fi Fiqhi Syafie, hal.110
[2] Tafsir Ayat al Ahkam Min al Quran Jilid 1, hal.370
[3] Kadang-kadang wajib qasar solat. hal demikian kerana waktu sudah sempit untuk solat secara sempurna (tamam)
[4] Termasuk pelayar jika dia bersama ahli keluarganya, afdhal baginya solat secara sempurna (tamam)
[5] Berbeza dengan orang yang berniat pulang tetapi pada waktu yang sama masih meneruskan perjalanan.
Ruj: Bujairimi ala Khatib juzuk 2 hal.401

[6] Mustaqil: bukan pengikut orang lain. Ghairu mustaqil: pengikut orang lain seperti isteri mengikut suaminya

[7] Gambarannya: Zaid telah bermusafir dari negerinya sambil berniat perjalanan lebih dua marhalah kemudian setelah marhalah pertama, Zaid berniat pulang ke tanah airnya. Berdasarkan situasi ini, terputuslah musafirnya dan perjalanannya berlaku seperti perjalanan baru. Lantaran sebab perjalanan baru ini yang tidak sampai 2 marhalah, Zaid tidak harus baginya solat qasar

[8]Kerana pada hari masuk adalah hari mendarat dan pada hari keluar adalah hari berangkat. Kedua-duanya adalah urusan yang penuh kesibukan dalam suatu perjalanan

[9] Sekiranya dia mengetahui urusannya akan selesai 4 hari ke atas, dia tidak boleh mengambil rukhsah jama’ dan qasar



[1] Sabilah al Muhtadin, hal.40, At Taqrirat as Sadidah, hal.314, al Fikh al Manhaji, hal.186, Panduan Solat Musafir Jama’ Dan Qasar, hal.16

[2] Ini kerana solat qasar merupakan kelonggaran (rukhsah) yang di syariatkan untuk menunaikan sesuatu tanggungjawab dan ia tidak boleh terkait dengan sebarang maksiat

[3] Al Fikh al Manhaji, hal.191
[4] Al Fikh Islami Wa Adillatuhu, hal.321

[5] Hal ini berdasarkan Hadis daripada Anas RA , beliau berkata:
صليت الظهر مع النبي صلى الله عليه و سلم بالمدينة أربعا و بذى الحليفة ركعتين
“Aku menunaikan solat zuhur bersama-sama Nabi SAW di Madinah 4 rakaat dan solat Asar di Zulhulaifah 2 rakaat”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Zulhulaifah terletak di luar kawasan bangunan Madinah

[6] Sekurang-kurang di katakan mengetahui adalah mengetahui alasan mengqasarkan solat. Jika di tanya orang, kenapa mengqasarkan solat? dia boleh menjawab, kerana kami adalah musafir

[7] Hal ini berdasarkan hadis daripada Ibn Abbas RA ketika beliau di tanya:
مابال المسافر يصلي ركعتين إذا انفرد وأربعا إذا ائتم بمقيم ؟ فقال تلك هي السنة
“Bagaimana keadaan musafir, dia bersolat 2 rakaat ketika bersendirian dan 4 rakaat ketika mengikut Imam bermukim? Beliau menjawab: itulah sunah Rasulullah SAW”(Riwayat Ahmad dengan sanad yang sahih)

Begitu juga Hadis Imran bin Husain RA, beliau berkata:
يا أهل البلد صلوا أربعا فإنا قوم سفر
“Wahai penduduk negeri ini, solatlah kalian 4 rakaat. Sesungguhnya kami adalah musafir”(Riwayat Abu Daud)



[1] Sabilah al Muhtadin, hal.40, At Taqrirat as Sadidah, hal.314, al Fikh al Manhaji, hal.186, Panduan Solat Musafir Jama’ Dan Qasar, hal.16

[2] Ini kerana solat qasar merupakan kelonggaran (rukhsah) yang di syariatkan untuk menunaikan sesuatu tanggungjawab dan ia tidak boleh terkait dengan sebarang maksiat

[3] Al Fikh al Manhaji, hal.191
[4] Al Fikh Islami Wa Adillatuhu, hal.321

[5] Hal ini berdasarkan Hadis daripada Anas RA , beliau berkata:
صليت الظهر مع النبي صلى الله عليه و سلم بالمدينة أربعا و بذى الحليفة ركعتين
“Aku menunaikan solat zuhur bersama-sama Nabi SAW di Madinah 4 rakaat dan solat Asar di Zulhulaifah 2 rakaat”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Zulhulaifah terletak di luar kawasan bangunan Madinah

[6] Sekurang-kurang di katakan mengetahui adalah mengetahui alasan mengqasarkan solat. Jika di tanya orang, kenapa mengqasarkan solat? dia boleh menjawab, kerana kami adalah musafir

[7] Hal ini berdasarkan hadis daripada Ibn Abbas RA ketika beliau di tanya:
مابال المسافر يصلي ركعتين إذا انفرد وأربعا إذا ائتم بمقيم ؟ فقال تلك هي السنة
“Bagaimana keadaan musafir, dia bersolat 2 rakaat ketika bersendirian dan 4 rakaat ketika mengikut Imam bermukim? Beliau menjawab: itulah sunah Rasulullah SAW”(Riwayat Ahmad dengan sanad yang sahih)

Begitu juga Hadis Imran bin Husain RA, beliau berkata:
يا أهل البلد صلوا أربعا فإنا قوم سفر
“Wahai penduduk negeri ini, solatlah kalian 4 rakaat. Sesungguhnya kami adalah musafir”(Riwayat Abu Daud)


[1] Riwayat Bukhari dan Muslim
[2] Panduan Solat Musafir Jama’ dan Qasar, hal.11
[3] Riwayat Imam Ahmad
[4] Surah Al Baqarah: 185
[5] Surah al-Haj: 78



[1] Al Fiqh Islami Wa Adillatuhu hal.316
[2] Surah An Nisa’:101
[3] Riwayat Muslim



[1] Al Muktamad Fil Fiqh as Syafie, hal.458



[1] Surah al-Haj:78
[2] Al-Fikh al Manhaji, hal.185
[3] Telah dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim (3:1526 halaman 1927) dari hadis Abu Hurairah r.anh


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...