Ya Habiballah, Ya Allah…
Ya Rasulullah, Ya Allah…
Himpunkan kami bersama…
Nabi kami yang mulia…
Akibat zalim kaumnya
Hijrah sahabat ke Habsyah
Di bawah Raja adilnya
Hilanglah segala resah
Datang penduduk Madinah
Berbaiah Nabi di Aqabah
Berikrar memegang panah
Menjaga walaupun rebah
Tiba pertolongan Allah
Rasul diperintah hijrah
Negeri yang kan terserlah
Beraja nabi pemurah
Cintanya pada sahabat
Dahulu hijrah mereka
Baginda yang paling lambat
Bersama as siddiq yang peka
Saidina Ali yang muda
Tidur di tempat baginda
Musyrikin quraisy bernoda
Mahu menikam di dada
Ya Habiballah, Ya Allah…
Ya Rasulullah, Ya Allah…
Himpunkan kami bersama…
Nabi kami yang mulia…
Kuasa Allah yang abadi
Lindungi Nabi dikasihi
Kejahatan tiada terjadi
Terkena hembusan Nabi
Maka Nabi berhijrah
Menuju Madinah menanti
Jalannya berlawan arah
Jabal Tsur Nabi sembunyi
Datanglah tentera Allah
Merpati dan labah-labah
Membuat sarang terserlah
Lindungi nabi yang tabah
Para musuh buru jejak
Berhenti di depan gua
Cemas Abu bakar berganjak
Dibimbangi Nabi jua
Para musuh hilang jejaknya
Pulangnya dengan kecewa
Itulah nabi yang di jaganya
Sekelian makhluk yang ada
Ya Habiballah, Ya Allah…
Ya Rasulullah, Ya Allah…
Himpunkan kami bersama…
Nabi kami yang mulia…
Wahai saudara yang resah
Tidakkah merasa malu
Pada merpati, labah-labah
Nabi dijaga selalu
Panas mentari memancar
Berjalan merentas gunung
Gelisah sahabat terpancar
Dari jauh sering merenung
Suraqah dengan kudanya
Pantasnya menuju Nabi
Seratus unta tawarannya
Malang rebah ke bumi
Menyeru ia pada Nabi
Tolong selamatkan dirinya
Memohon maaf berjanji
Berdoa Nabi padanya
Di Quba’ baginda berehat
Maka masjid telah di diri
Di situ Islam terpahat
Barakahnya hingga kini
Ya Habiballah, Ya Allah…
Ya Rasulullah, Ya Allah…
Himpunkan kami bersama…
Nabi kami yang mulia…
Penduduk Madinah terdengar
Suara laungan gembira
Purnama telah menyinar
Bumi Madinah ceria
Mengalir air mata suci
Gembira tiada terperi
Menanti nabi di kasihi
Indah memancar berdiri
Yang buta dapat melihat
Yang lumpuh dapat berjalan
Lantaran cahaya rahmat
Indahnya bagaikan bulan
Sungguh hebat pengorbanan
Hilang segala kemewahan
Isteri syahid kelaparan
Engkau tetap senyum menawan
Hijrahmu kerana cintamu
Demi menyelamatkan umat
Tiada pun kesalahanmu
Hanya syaitan dendam kesumat
Ya Habiballah, Ya Allah…
Ya Rasulullah, Ya Allah…
Himpunkan kami bersama…
Nabi kami yang mulia…
Ya Rasul salam cinta kami…
Ya Rasul permata kami…
Ya Rasul salam rindu kami…
Ya Rasul syafaatkan kami…
Ya Habiballah, Ya Allah…
Ya Rasulullah, Ya Allah…
Himpunkan kami bersama…
Nabi kami yang mulia…
Karangan : Walid Al Malik
No comments:
Post a Comment