SALAM MAHABBAH BUAT SEMUA SAHABAT

Sunday, 25 November 2012

PAS-UMNO Kongsi Pelamin



Pas-Umno kongsi pelamin
Khemah biru hijau yang melambangkan dua parti politik berbeza turut digunakan pada majlis persandingan.
Pas-Umno kongsi pelamin
Abdul Azeez menepung tawar setiap pasangan pengantin.
BALING - Perbezaan ideologi politik tidak menghalang lima pasangan pengantin melangsungkan persandingan secara serentak di Kampung Ketemba Kememeh di sini, semalam.

Pasangan tersebut ialah Khairul Fahmi Abdul Abdul Halim, 25, dan pasangannya Nuradilah Alias, 23; Mohd Hasmizan Hashim, 26, dan Suhada Omar, 23; Mohd Hasrizal Hashim, 24, dan Umi Kalsom Marzuki, 23; Abdul Rahman Ahmad, 27, dan Nurul Aida Aziz, 24; Zulkifli
Ahmad, 27 dan Nor Sakinah Shaar, 22 tahun.

Kesemua pasangan lelaki berasal dari kampung tersebut manakala pasangan perempuan berasal dari Jengka, Pahang; Teloi Timur, Sik; Parit Panjang, Baling; Tasik Gelugor, Pulau Pinang dan Tiak, Baling.

Bapa kepada Khairul Fahmi, Abdul Halim Hussin, 56, berkata, kelima-lima pasangan pengantin lelaki itu terdiri daripada latar belakang politik yang berbeza.

“Ada yang menyokong kerajaan, ada yang menyokong pembangkang. Namun ia bukan penghalang untuk mereka bersanding sekali.

“Malah, setiap perbelanjaan persandingan ini dikongsi bersama,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Abdul Halim lagi, penduduk di kampung ini tidak pernah melihat kepada perbezaan politik terutama melibatkan soal perkahwinan.

“Kami lebih pentingkan perpaduan dan kerjasama antara satu sama lain. Ideologi politik adalah hak masing-masing," katanya.

Menurutnya, persandingan secara serentak itu dapat meringankan perbelanjaan setiap pengantin.

“Kita telah menumbangkan tiga ekor lembu, selain menyediakan pelbagai jenis lauk pauk. Kosnya tidak melebihi RM20,000 berbanding kebiasaannya yang mencecah RM10,000 bagi setiap pasangan," katanya.

Majlis yang berakhir jam 6 petang itu turut dihadiri pemimpin setempat antaranya penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, penyelaras Dun Kupang, Ishak Mat dan Jawatankuasa Umno Bahagian Baling, Noor Azman Ramli.

Komentar:
Paling suka ayat ini: “Kami lebih pentingkan perpaduan dan kerjasama antara satu sama lain. Ideologi politik adalah hak masing-masing," 
Besar harapan agar ada kesinambungan acara sebegini. Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan majlis tersebut. Kalian semua berani menongkah arus dan berjaya menunjukkan contoh terbaik apa itu kematangan dalam politik. Zaman sekarang, budaya berpolitik sewajarnya lebih matang dan berteraskan kasih sayang. Perpaduan dan silarturrahim harus di semai. bukan bermaksud bernada politik menyeru kepada panyatuan parti politik melayu, isu ini jika di bicarakan tidak akan selesai kerana semua pihak mempunyai dalil mereka. Suka mengambil pendapat sederhana, perpaduan tidak semestinya berada dalam satu payung penyatuan, tetapi cukup merasai sifat kebersamaan. Antara manusia, walaupun penuh perbezaan tetapi mereka tetap mempunyai persamaan. Paling tidak merasai mereka sifat persaudaraan Islam itu sendiri. Akhir kata:
"Carilah persamaan bukan perbezaan. Kerana secara umumnya antara manusia, lebih banyak persamaan berbanding perbezaan. Tidak sukar tetapi harus diketepikan keegoaan"
"Marilah semua berkasih sayang, kerana Rasulullah SAW membawa rahmat dan kasih sayang. Betapa ramai mengaku membawa risalah perjuangan Nabi Muhammad SAW tetapi intisarinya penuh perpecahan" 
"adakah akan datang pertolongan dari Allah terhadap umat yang sentiasa berpecah belah?"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...