Pengiraan Jarak di haruskan solat qasar dalam Mazhab Syafie
Tersebut dalam satu Hadis:
وَكاَنَ
ابْنُ عُمَرَ وَابْنُ عَبَاسٍ يَقْصُرَانِ وَ يَفْطِرَانِ فِي أَرْبَعَةِ بُرُدٍ
وَهِيَ سِتَّةَ عَشَرَ فَرْسَخًا
“Ibn Umar dan Ibn Abas RA
mengqasarkan solat dan tidak berpuasa dalam perjalanan sejauh 4
barid iaitu 16 farsakh” - (Riwayat Bukhari)
Pengiraan
lama
|
Pengiraan
semasa
|
|
Jarak solat qasar:
2 marhalah / 4 barid /
16 farsakh / 48 mil Hasyimi
Berdasarkan:
1 marhalah = 2 barid
1 barid = 4 farsakh
1 mil Hasyimi = 4000 langkah
1 langkah = 3 kaki
Perjalanan menunggang
unta bersama bebanan berat selama satu hari satu malam dengan mengambil kita
tempoh mendarat, turun dan rehat.
|
Pengiraan
pertama
|
Pengiraan
kedua
|
48 mil Hasyim = 80.640 km
(dilebihkan menjadi 81 km untuk berjaga-jaga)
Berdasarkan:
1 mil Hasyimi= 3500
zira’(hasta)
1 zira’(hasta) = 48 cm
1 mil Hasyimi = 1680 cm
(Rujukan: Mazhab al Imam al
Syafie fi al Ibadat wa Adillatuh, Syeikh Khalid bin Abdillah al Syafaqah
)pengerusi Persatuan Ulama’ hammah hlmn.336)
|
16 farsakh = 88.704 km (dilebihkan menjadi 89 km untuk berjaga-jaga)
Berdasarkan:
1 Farsakh = 3 mil
1 mil = 1848 m
(Rujukan: al fikh al islami
wa adillatuhu, dr wahbah zuhaili, jil 1 hlmn 142)
|
PERSOALAN
Hadis di atas tidak boleh di
jadikan hujah?
Setengah pihak mengatakan hadis
itu tidak boleh di jadikan hujah kerana hadis tersebut tidak menceritakan
perbuatan Nabi saw tetapi perbuatan sahabat. Jika di bahaskan perbuatan sahabat
dalam kedudukan ilmu Usul Fikh, nescaya tulisan ini akan menjadi tulisan yang
panjang lebar. Insya Allah akan datang. Baik, hadis di atas adalah hadis yang
di anggap marfu' مرفوع .
Apakah hadis marfu'?
Hadis marfu' ialah hadis yang
disandarkan kepada para sahabat, para tabien atau mereka selepasnya kepada Nabi
SAW samada berbentuk perkataan, perbuatan, pengakuan, penyifatan, baik sanad
hadis itu bersambung atau tidak. Marfu` merangkumi mawsul, mursal, muttasil dan
munqati`. Inilah yang masyhur tentang hakikatnya. Selain itu, ada beberapa
pendapat tentang hakikat dan takrifnya.
Kehujahan Hadis Marfu'
Hadis marfu' bertaraf sahih dan
hasan boleh di jadikan hujah, sedangkan hadis marfu' bertaraf dhaif boleh di
jadikan hujah untuk fadhail amal.
Dari mana datangnya 2 marhalah?
Marhalah sebenarnya merujuk
kepada perhentian rehat bagi satu perjalanan seharian. Masyarakat dahulu
biasanya melakukan perjalanan seharian sama ada:
1.Dari pagi sampai ke petang
sebelum berhenti rehat atau tidur pada waktu malamnya.
2.Dari awal malam sampai ke
pagi sebelum berhenti rehat atau tidur pada waktu malamnya
3.Perhentian rehat mereka
setelah melakukan perjalanan seharian itu di sebut MARHALAH. Jadi perjalanan
dua marhalah (dua kali berhenti rehat) ialah perjalanan yang mengambil masa
selama 2 hari 2 malam.
Oleh kerana itu, ada ijtihad
ulama’ menetapkan bahawa tempat yang di tuju mestilah perjalanannya mengambil
masa 2 hari 2 malam. Menurut mazhab Hanafi pula perjalanan itu hendaklah selama
3 hari 3 malam. (tiga marhalah)
Kenapa wujud perbezaan ukuran?
Perbezaan terjadi dalam
penentuan jarak kerana mereka para ulama’ berbeza dalam penentuan nilai ukuran
zira (hasta), mil (batu), farsakh dan barid. secara umumnya, pelbagai ijtihad
ulama' berkaitan jarak perjalanan yang boleh solat qasar. Menurut kebanyakan
ulama syafie, anggaran dua marhalah di zaman sekarang ialah bersamaan 81KM dan
89KM. Kenapa fokus satu mazhab? Penulis menulis dalam konteks masyarakat
malaysia yang rata-rata bermazhab Syafie. Penulis bukan bermaksud menutup
ruang mazhab lain akan tetapi mengelak berlakunya perpecahan dalam masyarakat
yang sudah sebati pengamalan fekah mazhab syafie sejak ratusan tahun
dahulu. Justeru untuk orang awam, berpegang dengan anggaran ini sudah
memadai TANPA MENAFIKAN PENDAPAT-PENDAPAT LAIN.
Harapan
Penentuan jarak adalah hasil
ijtihad ulama', dan ia merupakan perkara khilafiah. Para ulama' mujtahid bukan
seperti sangkaan sesetengah pihak bahawa mereka mencipta ukuran yang tiada di
zaman Nabi SAW. Pengkajian mereka seiring dengan kefahaman mereka terhadap nas
al Quran dan al Hadis serta kedalaman ilmu. Tidak sayugianya isu ini menjadi
perbalahan kerana berkeras dengan pendapat masing-masing. Penulis berharap
agar isu ini bukan alasan untuk menghina para ulama Mazhab dan mencetus
pertelingkahan antara umat Islam. Kami ada hujah, kalian ada hujah. Maka
mengertilah!
No comments:
Post a Comment