Soalan :
Apakah maksud
hakikat IMAN itu adalah tasdiq (membenarkan)?
Jawapan :
Hendaklah
kamu berkata aku beriman iaitu aku telah membenarkan dan aku berikrar kepada
Allah, MalaikatNya dan Kitab-kitabNya, para rasulNya, hari akhir dan qadar
samada qadar baik atau buruk itu dari Allah Tala.
Dan jawapan
sebagaimana hadis yang telah di riwayatkan oleh Imam Muslim dari Sayyidina Umar
dari hadis jibril a.s, dan jika kamu mengambil dari hadis riwayat Imam Bukhari
dari Sayyiduna Abu Hurairah dari hadis jibril juga.
Lalu kamu berkata:
أمنت بالله و ملائكته
و بلقائه و رسوله و بالبعث
”Aku beriman dengan Allah dan para malaikatNya
dan pertemuan denganNya dan rasulNya dan hari kebangkitan"
Maksudnya
ialah “aku membenarkan kewujudan Allah
dan sifat-sifat yang
wajib bagiNya dan dengan kewujudan para malaikat dan bahawa mereka adalah
hamba-hamba Allah yang dimuliakan, dan aku membenarkan dengan melihatNya Taala
di hari akhirat kelak bagi orang yang beriman.
Dan aku
benarkan bahawa para rasul merupakan orang-orang yang jujur dalam segala
perkara yang mereka khabarkan dari Allah
Taala. Aku
membenarkan kebangkitan dari kubur-kubur.
Sebahagian
ulama’ berkata:
“Sesiapa saja yang belajar ketika kanak-kanak, ‘aku beriman
kepada Allah , para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, hari akhirat,
takdirNya yang baik dan buruk itu dari Allah Taala dan dia telah mengetahui
bahawa hal yang demikian ialah keimanan tetapi tidak mampu mengelokkan
penafsirannya, dia tidak di hukumkan sebagai orang beriman”
Sebahagian
ulama’ lain berkata:
“Keimanan
seseorang ketika saat sakaratul maut, tatkala dia dapat melihat tempatnya samada
dia berada di syurga atau di neraka adalah tidak di terima, kerana ketiadaan
pelaksanaan perkara yang diperintahkan kepadanya atas jalan pilihan”
Keimanan di
saat itu tidak di terima kerana seorang hamba memang boleh melihat tempatnya
pada waktu sakaratul maut itu sebagaimana di riwayatkan dari Nabi SAW,
bahawa Baginda
SAW bersabda:
إن العبد لن يموت حتى
يرى موضعه في الجنة او في النار
“Sesungguhnya seorang hamba tidak akan
mati sehingga dia melihat tempatnya samada di syurga atau di neraka”
Berbeza
taubat orang yang berputus asa kerana
taubat mereka masih diterima setelah keimanan sah. Hal ini berdasarkan hadis yang di riwayatkan dari Ibn Umar
bahawasanya beliau berkata, Rasulullah
SAW bersabda:
تقبل توبة العبد المؤمن ما لم يغرغر
“Taubat
seorang hamba yang beriman akan diterima selama mana belum sampai di keronkong”
yakni selama ruhnya belum sampai halkum”
Hendaklah di
ketahui bahawa keimanan kepada Allah itu terbahagi ada tiga bahagian iaitu iman
taqlidiy, iman tahqiqiy, iman istidlaliy.
- Iman taklid (التقليدى) adalah mengiktikadkan keesaan Allah Taala kerana mengikuti perkataan ulama’ tanpa dalil. Iman jenis ini tidak aman dari goyangan keraguan yang datang dari pihak yang membuat keraguan (مشكك).
- Iman tahqiqiy (التحقيقى) adalah mengikat hatinya dengan keesaan Allah Taala dengan sekira-kira jika orang-orang berilmu berbeza pendapat dengannya berkenaan sesuatu perkara yang telah di pegang oleh hati, tidak sesekali wujud kegelinciran dalam hatinya.
- Iman istidalaliy (الاستدلالى) adalah dapat mengeluarkan dalil segala penciptaan dengan kewujudannya sang pencipta dan dari suatu bekas atas adanya pemberi bekas.
Oleh itu,
suatu bekas menunjukkan kewujudan pemberi bekas ( الأثر يدل على المؤثر ) dan binaan menunjukkan kewujudan Pembina
( البناء يدل على
الباني ) dan yang dicipta menunjukkan atas wujud pencipta (المصنوع يدل على المصنوع ).
Sebagai
contoh kotoran unta menunjukkan kewujudan unta kerana kesan tanoa pemberi kesan adalah mustahil.
_________________________________________________________________________________
Rujukan: Ghatrul Ghais Fi Syarh Masail Abiy Laits Karangan Syaikah Nawawi Banten rhm.
No comments:
Post a Comment