SALAM MAHABBAH BUAT SEMUA SAHABAT

Wednesday, 28 November 2012

Doa Akhir dan Awal Tahun: Haramkah Membacanya?




Oleh : Ustaz Syed Abdul Kadir al Joofre

Terbaca di beberapa blog dan forum baru-baru ini, memandangkan hampirnya kita memasuki tahun baru Hijrah, berkemundang sekali lagi seruan bahawa bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun merupakan satu bid'ah yang jelas haram di sisi Islam. Benarkan apa yang dihebohkan ini? Kalau benar mengapa saban tahun setiap jabatan agama negeri tidak pernah menghalang sambutan ini? Adakah tok mufti dan semua ustaz yang berada di setiap jabatan agama ni bersekongkol dalam kesesatan? Sama-sama kita kaji..

Biasanya apabila kita tidak mengetahui asas bagi satu masalah, maka kita akan mudah membuat keputusan yang salah. Asas dan sebab bagi satu masalah merupakan kunci bagi kita untuk mendapatkan jawapan bagi masalah tersebut. Di sini kita perlu mengkaji dua masalah. Mengapa dibaca doa akhir dan awal tahun. Seterusnya mengapa pula satu golongan lagi cuba untuk mengharamkan perbuatan ini.

Asas pendapat pertama 

kita lihat dari sudut amalan para ulamak berkurun lamanya bukan sahaja di nusantara malahan di banyak lagi tempat di dunia, yang mengamalkan berdoa di akhir dan awal tahun. Apakah asas mereka? Jawapannya yang ringkas, bukankah kita semua mengetahui bahawa beredarnya bulan dan tahun ini merupakan tanda kekuasaan Allah? Maka tidak layakkah kita sebagai hamba yang lemah memuji Allah apabila kita memerhatikan kebesaranNya? Seterusnya, bukankah molek kalau kita akhiri akhir tahun kita dengan memohon ampun atas kesalahan kita sepanjang tahun lalu, dan seterusnya memulakan awal tahun baru, dengan berdoa kepada Allah agar tahun yang mendatang dipenuhi rahmah dan maghfirahNya? Doa itu senjata mukmin. Maka gunakanlah senjata ada sebaik mungkin.

Asas pendapat kedua. 

Bid'ah dholalah (atau kata mereka bid'ah secara mutlak) adalah mengadakan sesuatu yg baru yang tiada asasnya langsung dalam agama. Itu kata kita. Ada di kalangan mereka yang menyalah erti bahawa bid'ah adalah sesuatu urusan agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Namun sangkaan ini amat tersasar dari kebenaran berdasarkan terlalu banyak dalil menunjukkan keharusan perkara dalam agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah seperti menghimpunkan Al-Quran dan azan solat jumaat sebanyak dua kali yang dilakukan oleh Saiyidina Usman. Maka diistilahkan pula oleh Imam Syafie dan para mujtahidin yang lain perkara ini sebagai bid'ah hasanah. Malah diklasifikasikan pula oleh Imam Nawawi bid'ah kepada 5 hukum taklifi yang ada. Mereka kata klasifikasi ini klasifikasi dari sudut bahasa, namun jika kita kaji bid'ah dari segi bahasa bukanlah yang dimaksudkan oleh Imam Syafie dan yg lain, tetapi bid'ah dalam agama.

Apapun yang diistilahkan kita sepakat mengatakan bahawa perkara yang dibaharukan yang tiada asasnya langsung dalam agama hukumnya haram dan bid'ah yang dholalah. Nah, sekarang mereka membuat pula satu kaedah. Jika satu ibadat itu dilakukan pada satu waktu tertentu atau hari tertentu atau bilangan tertentu tanpa ada hadis yang warid dari Rasulullah s.a.w. maka ianya dikira sebagai bid'ah (baca bid'ah dholalah) dan haram. 2 asas inilah yang dipegang menjadikan bacaan doa akhir dan awal tahun sebagai haram.

Maka apa pula komentar bagi kedua-dua hujjah kedua-dua golongan ini ya?

Perbincangan bagi hujjah pendapat yang pertama.
Dikatakan bahawa memuji Allah apabila memerhatikan kebesaran-Nya. Benar. Namun cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur itu perlukan petunjuk dari Allah dan Rasul-Nya s.a.w. Bukannya mengikut fikiran kita semata-mata. Adakah berdoa tersebut cukup untuk menghapuskan segala dosa yang berlaku di sepanjang tahun. Kalau begitu mudahla, Buat dosa banyak-banyak. Akhir tahun doa jelah. Lagipun kalau doa ni pun da bid'ah dan berdosa, sebenarnya bukan hapuskan dosa tapi tambahkan dosa lagi.

Jawapan kepada perbincangan ini.

Cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur adalah diharuskan selagi mana tidak melanggar syara'.Sebanyak mana pun kita bersyukur takkan cukup dengan nikmat yang Allah beri. Lagipun kita bukan bersyukur mengikut fikiran kita semata-mata, tetapi berdasarkan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya jugak kan. Bukankah berdoa ini satu cara yang ditunjukkan dan diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Bukannya kita sambut dgn konsert atau pertunjukkan bunga api.

Berkenaan doa boleh menghapuskan dosa atau tidak tersebut, urusan tersebut diserahkan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang memerintah kita supaya berdoa dan Dialah yang memakbulkan doa dan mengampunkan dosa. Ini merupakan usaha kita yg diperintah oleh-Nya. Hujjah buat dosa banyak2 kemudian berdoa adalah hujah yang dangkal, kerana tiada siapa yang mengetahui selama mana hayatnya. Juga ia seolah-olah mempermain-mainkan mereka yang berdoa setiap hari agar diampunkan oleh Allah. Mengapa tidak tunggu tua sahaja baru berdoa. waktu muda buat dosalah banyak2. Hujah yang amat cetek dan tidak perlu dihiraukan, tetapi perlu dijawab kerana banyak antara mereka yang cetek ilmu, tapi mengaku berilmu. Semua kita sepakat bahawa melakukan perkara yang dilarang oleh syarak secara pasti dan mesti adalah haram. Jadi mengapa perlu dipersoalkan perkara begini. Tetapi kita sebagai manusia yang tidak maksum pasti tidak akan lari dari kesalahan. Jadi kita perlu dari masa ke semasa meminta pengampunan dari Allah s.w.t. Niat melakukan dosa dengan harapan berdoa di waktu lain agar diampunkan adalah niat yang jelas salah dan terlarang.

Perbincangan hujjah pendapat yang kedua pula.

Perbincangan hujjah pendapat yang kedua. Apakah asas-asas yang diiktiraf dalam menentukan hukum dan adakah doa ini tiada asasnya langsung dalam agama? Para ulamak telah berselisih dalam perkara ini, namun mereka sepakat menentukan bahawa Al-Quran, Assunnah, Ijma' dan Qias secara umumnya adalah asas dalam menentukan hukum. (kecuali beberapa ulamak zahiri dan syiah yang menolak terus qias). Mereka pula hanya menganggap Al-Quran dan Assunnah dan ijtihad para mujtahidin berdasarkan dua sumber ini merupakan asas. Walaubagaimanapun kedua-dua masalah ini tidakla jauh bezanya jika difahami dengan betul. Jadi persoalan sekarang adakah di sana asas bagi doa ini dibaca?

Secara ringkasnya asas bagi berdoa secara umumnya adalah ayat-ayat Alquran dan Assunnah yang terlalu banyak menerangkan perintah berdoa tak kira masa dan tempat. Perintah2 ini tidak boleh kita khususkan kepada doa yang warid dalam alquran dan sunnah semata-mata, kerana ia dikira sebagai mengkhususkan sesuatu yg umum tanpa pengkhususnya. Selain itu warid dari Hadis2 dan asar para solihin keharusan berdoa selain dari yg warid mengikut keperluan kita asalkan tidak bercanggah dengan syarak.

Asas seterusnya dalam berdoa ini adalah berdasarkan maslahah (yang juga sumber perundangan hukum islam). Maslahah yang rajihah (yang boleh diguna pakai) dalam perkara ini ditentukan oleh para ulamak terdahulu bukan menurut pemikiran kita semata. Maslahah ini lebih jelas di zaman kita yang mana ramai di kalangan masyarakat kita sudah jauh dari ajaran Islam dan tidak reti berdoa lagi. Malah di tahun baru ini pun mereka tanpa segan silu membuat kemaksiatan. Bukankah molek jika kita menyeru mereka berdoa di waktu begini?

Jadi apabila ada asas-asas yang disebutkan maka kita tidak boleh menyebut amalan berdoa ini sebagai satu perkara bid'ah yang sesat. Malah boleh kita masukkannya di dalam bid'ah hasanah yang disebutkan oleh Imam Syafie.

Mereka juga menyatakan bahawa sesutu ibadat seperti zikir dan doa itu perlu menyamai Rasulullah dari sudut bilangan, masa, hari dan tempat. Sesuatu yang bercanggah dengan salah satu darinya adalah haram. Kita pula menjawab, di manakah dalil kepada penyataan ini? Ulamak terdahulu tidak pernah membuat kaedah sebegini. kaedah yang ada adalah, ibadat tidak menyalahi dari apa yang Rasulullah tunjukkan. Jangan Rasulullah bersolat subuh 2 rakaat kita bersolat 3 rakaat, kerana nak pahala lebih. Itu yang salah. Adapun berdoa dan berzikir di waktu yang tidak warid Rasulullah berzikir pada waktu tersebut adalah tidak diharamkan. Kerana Rasulullah sendiri sentiasa berzikir dan berdoa. Selain itu perintah berzikir berdoa tidak pernah mengkhususkan masa dan tempat. Tiada salahnya jika kita hanya mengaji Al-Quran selepas maghrib setiap hari dan memerintahkan pula anak-anak kita berbuat sedemikian, walaupun tidak warid dalam hadis Rasulullah ada mengkhusukan begitu. Itu kita sepakat bukan. Jadi mengapa kita mengkhususkan pula sebelum maghrib akhir zulhijjah untuk berdoa dikira sebagai sesuatu perbuatan yang haram?

Hujjah mereka seterusnya adalah kebaikan sesuatu perkara adalah berdasarkan al-Quran dan As-sunnah. Maka kita katakan bahawa kebaikan berdoa ini juga adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah yang menyuruh kita berdoa tanpa mengira waktu dan tidak pernah pula melarang kita berdoa di waktu2 tertentu. Maka kita simpulkan bahawa berdoa awal dan akhir tahun ini merupakan perkara yang baik menurut syara'. Bid'ah mustahabbah kata Imam Nawawi.

Kesimpulan: 

Doa di awal dan akhir tahun merupakan sesuatu perkara yang baik dan harus dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat, namun ia bukanlah perkara yang wajib. Anda hendak berdoa, berdoalah di setiap waktu dan ketika. Setiap waktu dan ketika itu termasuk juga padanya doa di awal dan akhir tahun. Berdoalah semoga dosa kita di tahun yg lalu diampunkan dan amalan kita diterima. Jua berdoalah moga di tahun baru ini kita dibantu melawan syaitan, nafsu yang menyeru kejahatan serta dibantu melakukan amal ibadat sebanyak mungkin.

Wallahu A'lam

Wasallallahu 'Ala Saiyidina Muhammad Wa'ala Alihi Wasohbihi Ajma'in, Walhamdulillahi Rabbil 'Alamin

Sumber :



Biodata Penulis :

Pengkhususan : Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan seterusnya meyambung Sarjana Syariah juga di Mesir (Feqh Perbandingan Mazhab) (kajian bertajuk: Hukum hakam Masjid : Kajian Perbandingan Mazhab dan Permasalahan Kontemporari).Mantan Ketua Moderator Agama Laman Iluvislam.Com. Kini bertugas sebagai pegawai di Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA)

Dr Zakir Naik Menafikan Kenyataan 'Insya Allah'




Peraturan Am Penceramah Pemuda PAS : [mendepani PRU 13]



a] Muqaddimahkan ucapan saudara dengan lafaz salam serta diiringi dengan ucapan Tahmid dan Tasbih [memuja dan memuji Allah Jalla wa A'la] seterusnya Selawat dan Salam ke atas Junjunga

n Besar Nabi kita Muhammad saw.

b] Uruti ucapan saudara dengan menyusun tertib protokol dengan takrim [menghormati tetamu dan pimpinan melalui sebutan atau gelaran yang baik berasaskan kedudukan ranking protokol dan kepimpinannya]

c] Mempertegaskan dasar dan prinsip perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS serta menjelaskan matlamat dan objektif perjuangan yang mahu dicapai . [sebaiknya saudara mengambil satu atau dua nas untuk memperkukuhkan hujjah saudara]

d] Mengemukakan isu semasa yang sesuai dengan suasana dan kedudukan politik semasa serta mengupasnya dengan baik berlandaskan fakta dan figure yang benar dan tepat.

e] Mengemukakan Tawaran PAS kepada rakyat menerusi Dokumen Negara Berkebajikan dan Tawaran Anak Muda menerusi Maqalah Ucaptama Ketua Pemuda 2012 "Mencorak Masa Depan"

f] Selingan dengan membawa pelbagai contoh yang diambil dari sejarah mahupun perkara semasa untuk menyegarkan ulasan atau kupasan ceramah saudara serta pastikan ia dipersembah dengan baik dan tersusun. Saudara boleh membawanya melalui nada bersahaja dan humor tanpa perlu menyinggung perasaan audien dan tidak keterlaluan sehingga menjejaskan kredebilliti serta akhlak saudara sebagai seorang pejuang Islam.

g] Menutup ucapan atau ceramah saudara dengan memujuk, merayu dan mengharapkan agar audien mendengar, menilai dan mengkaji kandungan ucapan saudara dengan tenang, saksama dan adil. Saudara tidak perlu memaksa dan mendesak audien untuk menerima pandangan dan hujjah yang dilontarkan. Sebaiknya saudara juga menutup ucapan dengan doa mengharapkan petunjuk Allah swt dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan yang serba sukar ini.
[jika saudara adalah penceramah terakhir dan penganjur tidak menyediakan individu khas untuk membacakan doa penutup]

Nota : 5 Rukun Ceramah :

1. Muqaddimah [a]
2. Protokol [b]
3. Dasar Perjuangan [c]
4. Isu Semasa & Polisi [d & e]
5. Penutup [g]

Pantang Larang AM ceramah Pemuda PAS:

a] Elakkan fitnah dan dusta. jangan kemukakan fakta dan figure yang tidak sohih atau tidak benar serta tidak diketahui sumber ambilannya.

b] Jangan sekali - kali memaki hamun serta mencaci nista mana - mana pihak termasuk pihak lawan politik saudara. Sebaliknya ambil pendekatan yang lunak dan baik. [ بشروا و لا تنفروا ]

c] Pastikan saudara tidak menidakkan daya intelektual audien yang hadhir mendengar ceramah saudara apatah lagi memperbodoh dan mempersendakan mereka. Sebaliknya hargai mereka dan hormati tahap keintelektualan mereka.

d] Elakkan penampilan yang angkuh dan berlagak dalam gaya bahasa ucap dan juga bahasa badan.

Untuk mendapatkan Nilai Tambah AM buat Penceramah Pemuda PAS, saudara perlu mempelajari skil pidato awam dan juga berguru dengan veteran atau otai yang mahir serta mempelajari bagaimana penampilan di khalayak. Saudara juga sewajarnya

i] memiliki ilmu dan maklumat lengkap dalam sesuatu isu atau ilmu yang mahu disampaikan

ii] Menguasai bahasa dan laras penggunaannya pada hari ini menepati kedudukan serta tahap audien

iii] Persiapan spiritual, mental dan fizikal adalah pakej yang perlu ada pada saudara sebelum tampil di khalayak.

iv] Menghormati protokol majlis dan menepati masa kehadhiran sebagaimana yang dijadualkan agar audien tidak menanti lama.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sunday, 25 November 2012

PAS-UMNO Kongsi Pelamin



Pas-Umno kongsi pelamin
Khemah biru hijau yang melambangkan dua parti politik berbeza turut digunakan pada majlis persandingan.
Pas-Umno kongsi pelamin
Abdul Azeez menepung tawar setiap pasangan pengantin.
BALING - Perbezaan ideologi politik tidak menghalang lima pasangan pengantin melangsungkan persandingan secara serentak di Kampung Ketemba Kememeh di sini, semalam.

Pasangan tersebut ialah Khairul Fahmi Abdul Abdul Halim, 25, dan pasangannya Nuradilah Alias, 23; Mohd Hasmizan Hashim, 26, dan Suhada Omar, 23; Mohd Hasrizal Hashim, 24, dan Umi Kalsom Marzuki, 23; Abdul Rahman Ahmad, 27, dan Nurul Aida Aziz, 24; Zulkifli
Ahmad, 27 dan Nor Sakinah Shaar, 22 tahun.

Kesemua pasangan lelaki berasal dari kampung tersebut manakala pasangan perempuan berasal dari Jengka, Pahang; Teloi Timur, Sik; Parit Panjang, Baling; Tasik Gelugor, Pulau Pinang dan Tiak, Baling.

Bapa kepada Khairul Fahmi, Abdul Halim Hussin, 56, berkata, kelima-lima pasangan pengantin lelaki itu terdiri daripada latar belakang politik yang berbeza.

“Ada yang menyokong kerajaan, ada yang menyokong pembangkang. Namun ia bukan penghalang untuk mereka bersanding sekali.

“Malah, setiap perbelanjaan persandingan ini dikongsi bersama,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Abdul Halim lagi, penduduk di kampung ini tidak pernah melihat kepada perbezaan politik terutama melibatkan soal perkahwinan.

“Kami lebih pentingkan perpaduan dan kerjasama antara satu sama lain. Ideologi politik adalah hak masing-masing," katanya.

Menurutnya, persandingan secara serentak itu dapat meringankan perbelanjaan setiap pengantin.

“Kita telah menumbangkan tiga ekor lembu, selain menyediakan pelbagai jenis lauk pauk. Kosnya tidak melebihi RM20,000 berbanding kebiasaannya yang mencecah RM10,000 bagi setiap pasangan," katanya.

Majlis yang berakhir jam 6 petang itu turut dihadiri pemimpin setempat antaranya penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, penyelaras Dun Kupang, Ishak Mat dan Jawatankuasa Umno Bahagian Baling, Noor Azman Ramli.

Komentar:
Paling suka ayat ini: “Kami lebih pentingkan perpaduan dan kerjasama antara satu sama lain. Ideologi politik adalah hak masing-masing," 
Besar harapan agar ada kesinambungan acara sebegini. Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan majlis tersebut. Kalian semua berani menongkah arus dan berjaya menunjukkan contoh terbaik apa itu kematangan dalam politik. Zaman sekarang, budaya berpolitik sewajarnya lebih matang dan berteraskan kasih sayang. Perpaduan dan silarturrahim harus di semai. bukan bermaksud bernada politik menyeru kepada panyatuan parti politik melayu, isu ini jika di bicarakan tidak akan selesai kerana semua pihak mempunyai dalil mereka. Suka mengambil pendapat sederhana, perpaduan tidak semestinya berada dalam satu payung penyatuan, tetapi cukup merasai sifat kebersamaan. Antara manusia, walaupun penuh perbezaan tetapi mereka tetap mempunyai persamaan. Paling tidak merasai mereka sifat persaudaraan Islam itu sendiri. Akhir kata:
"Carilah persamaan bukan perbezaan. Kerana secara umumnya antara manusia, lebih banyak persamaan berbanding perbezaan. Tidak sukar tetapi harus diketepikan keegoaan"
"Marilah semua berkasih sayang, kerana Rasulullah SAW membawa rahmat dan kasih sayang. Betapa ramai mengaku membawa risalah perjuangan Nabi Muhammad SAW tetapi intisarinya penuh perpecahan" 
"adakah akan datang pertolongan dari Allah terhadap umat yang sentiasa berpecah belah?"

Qasidah Tauhid Tasauf



Sollahhu’alan Nabi… Ya Nabi…
Sollahu ‘alar Rasul…
Sollahu ‘alaL Habibi…

Nabi Muhammad afdholur Rasul…



Saidina Umar, Uthman, Ali, Ya Rabbi
Abu bakar sahabat Nabi
Siti Fatimah binti Rasuli
Ya Rasulullah, Junjungan kami



La illaha illallah… Ya Allah
Kalimah tauhid penyejuk hati
Siapa benci kalimah Allah
Kelu lidah di waktu mati



Ya Rasulullah Ya Habibi
Tunggu kami di titian meniti
Peganglah kami duhai Nabi
Agar tiada ke neraka menanti



Islam, iman, tauhid, makrifat
Pegang teguh syariat Nabi
Islam itu membawa rahmat
Hidup bahagia mukmin sejati


Baitul makmur di langit tinggi
Tempat tawaf malaikat suci
Rajin- rajin menyuci Qalbi
Itu amalan Allah cintai


Sollahhu’alan Nabi… Ya Nabi…

Sollahu ‘alar Rasul…
Sollahu ‘alaL Habibi…
Nabi Muhammad afdholur Rasul…

Friday, 23 November 2012

Masalah Sistem Pendidikan-'Blanket Specialization'


masalah utama sistem pendidikan kita pada masa kini ialah ia melahirkan graduan yang 'blanket specialization'. (hanya terhad satu bidang)

Katakan pelajar kejuruteraan sebagai mithalan (contoh), tiadalah yang diketahui olehnya selain apa ya
ng terkandung dalam disiplin ilmunya semata.

Displin ilmu lain seperti Falsafah, Sejarah, dan lain-lain termasuklah cabang-cabang dari ilmu kejuruteraan yang bersifat empirical itu seperti sains, biologi pun tiada diperhatikannya !

Maka lahirlah manusia-manusia yang umpama katak di bawah tempurung, kerana disebabkan pengkhususan di universiti memberi kesan yang bukan sedikit- seakan ‘terhijab’ kita daripada cabang ilmu pengetahuan lain.

Dan hal ini amat mendukacitakan kerana..

(i) tidak mampu kita mempertahankan tradisi ilmuwan Islam dahulu yang berjaya menguasai pelbagai cabang displin ilmu dengan baik.

(ii) memberi kesan kepada kehidupan harian manusia sejagat, kerana bukankah kehidupan kita merupakan satu bentuk inter-connection antara satu bahagian dengan bahagian lainnya ???

Begitu juga hal keadaan nya jika kita kiaskan dengan ilmu agama.

Benar kata Syeikh Rohimuddin An Nawawi al Bantani (ulama Indonesia), bentuk pengajian dan pembelajaran sedunia kini terbahagi kepada dua :

(i) Sistem akademis (akademik. yang mana pengajian ini terlalu menumpu kepada satu bidang tanpa memerhatikan interconnection bidang lain. dan juga tidak berjaya menguasai funun (seni) bidang lain.

(ii) Sistem talaqqi ( mengambil adab dan ilmiah terus dari para pakar, mengusai setiap inci funun (seni bidang ilmu) untuk memudahkan perjalanan intersection bagi setiap pembelajaran. agar seimbang implementasi nya dalam kehidupan.

ya, memang wujud segolongan pelajar yang menguasai dan dekan kuliah syariah. walakin lam yakrif mubtada wa la khobar (tetapi tidak tahu disiplin nahu 'mubtada' dan 'khobar', subjek dan prediket). dan juga cabangan ilmu lain.

selain itu, punca kemerosotan sistem kini adalah dengan tidak mempraktikkan sistem (10 pengenalan asas). keadaan ini menjadikan pelajar semakin tidak terarah ketika sarat menuntut ilmu.(*1)

ibarat tak tahu jalan dan tidak ada GPS tapi guna kereta ferari.

beberapa kali juga kita tekan kan agar, sebelum belajar untuk pandai, perlu pandai untuk belajar (mengambil kalam ustaz raja mukhlis). koreksi ia di dalam kitab permulaan dan cara untuk belajar spt dalam kitab Ta'lim Mutaallim, Kitab Pelita Penuntut dan lain-lain.(*2)

begitu juga hal nya jika kita berada dalam lapangan akademik. tentu ada cara bagaimana untuk menjadikan kita lebih terarah dan tersusun dalam setiap bidang kita dan dapat di relation kan dengan cabang lain.

Meskipun umat Islam dituntut untuk menimba ilmu seluas mana yang boleh, hendaklah juga diketahui bahawa tidak semua orang mampu melakukan setiap jenis perkara, walaupun ia sebenarnya bukanlah mustahil.

Justeru, adalah penting untuk kita mengenal pasti our own strength and limitation. Ini kelihatan seperti bertentangan dengan apa yang disebutkan pada awal tadi.

Yang dimaksudkan pada perenggan sebelum ini ialah, paling tidak bagi kita, untuk tidak terus-terusan menjadi mangsa ‘pengkhususan yang membelenggu’ itu, mempunyai idea-idea asas (kerana untuk mengetahui dan menguasai setiap satu cabang ilmu dengan terperinci dan mendalam adalah agak sukar)

-yang membolehkan kita melihat big picture bagaimana sesebuah sistem berdiri, (hasil penggabung jalinan setiap cabang displin ilmu) -sehingga membentuk sebuah sistem yang sempurna.

Dalam masa yang sama, kita harus sabar dan jangan gelojoh nak buat semua perkara, seakan-akan kita tahu semua benda. Be prioritize. Read widely. Read wisely!

(-hasil tulisan bersepah santai dan idea gabungan bercampur.) -Muaz Halim
 

Komentar:

Satu Idea yang kian lama mahu di kongsikan. Tahniah sahabat atas tulisan anda. saya kongsikan di di blog  kerana sahabat saya ini, tiada blog. oleh kerana sangat meminati tulisan-tulisan beliau, saya kongsikan di blog ini. Sekian. 

Contohi Keprihatinan Ronaldo



Bintang Bola Sepak Terkenal, Cristiano Ronaldo mewakafkan anugerah kasut emas yang dimenanginya dalam liga Sepanyol  bagi membantu mangsa serangan Israel di Gaza. Tindakan ahli sukan bukan beragama Islam jelas membuktikan perasaan prihatin masyarakat terhadap kekejaman rejim yahudi di Asia Barat. 

Jiwa Kemanusiaan 

Nilai kasut emas Ronaldo lebih RM14 Juta dan ia membuktikan ahli sukan mempunyai jiwa kemanusiaan yang tebal dan tidak sanggup melihat mansuia menderita. Bagaimanapun keadaan sebaliknya berlaku di Malaysia, ratusan warga kita berbaris panjang di sebuah restoran makanan barat semata-mata untuk mendapatkan muffin percuma. 

Moral ceritanya, sebahagian besar rakyat malaysia walaupun anti yahudi tapi masih bersikap cuai. sanggup berbaris panjang dan seronok mendapatkan makanan percuma. 

saya rasa kita kena belajar mengenal diri dan menghargai peribadi umat Islam. 

Tak Sama Perjuangan Bantu Palestin

Makanan percuma tidak sama perjuangan membantu umat Islam Palestin yang terseksa di ancam kekejaman zionis. Kita jangan abai perpaduan ummah dan bukan sekadar mendapatkan muffin percuma. 

Surat Pembaca, 
Maulud Makmoer, Temerloh 

Agama Islam Paling Pesat Berkembang Di Eropah


Selama 20 tahun terakhir, jumlah kaum Muslim di dunia telah meningkat secara perlahan. Angka statistik tahun 1973 menunjukkan bahwa jumlah penduduk Muslim dunia adalah 500 juta; sekarang, angka ini telah mencapai 1,5 miliar.
Kini, setiap empat orang salah satunya adalah Muslim. Bukanlah mustahil bahwa jumlah penduduk Muslim akan terus bertambah dan Islam akan menjadi agama terbesar di dunia. Peningkatan yang terus-menerus ini bukan hanya dikarenakan jumlah penduduk yang terus bertambah di negara-negara Muslim, tapi juga jumlah orang-orang mualaf yang baru memeluk Islam
yang terus meningkat, suatu fenomena yang menonjol, terutama setelah serangan terhadap World Trade Center pada tanggal 11 September 2001. Serangan ini, yang dikutuk oleh setiap orang, terutama umat Muslim, tiba-tiba saja telah mengarahkan perhatian orang (khususnya warga Amerika) kepada Islam. Orang di Barat berbicara banyak tentang agama macam apakah Islam itu, apa yang dikatakan Al Qur'an, kewajiban apakah yang harus dilaksanakan sebagai seorang Muslim, dan bagaimana kaum Muslim dituntut melaksanakan urusan dalam kehidupannya. Ketertarikan ini secara alamiah telah mendorong peningkatan jumlah warga dunia yang berpaling kepada Islam. Demikianlah, perkiraan yang umum terdengar pasca peristiwa 11 September 2001 bahwa "serangan ini akan mengubah alur sejarah dunia", dalam beberapa hal, telah mulai nampak kebenarannya. Proses kembali kepada nilai-nilai agama dan spiritual, yang dialami dunia sejak lama, telah menjadi keberpalingan kepada Islam.
Hal luar biasa yang sesungguhnya sedang terjadi dapat diamati ketika kita mempelajari perkembangan tentang kecenderungan ini, yang mulai kita ketahui melalui surat-surat kabar maupun berita-berita di televisi. Perkembangan ini, yang umumnya dilaporkan sekedar sebagai sebuah bagian dari pokok bahasan hari itu, sebenarnya adalah petunjuk sangat penting bahwa nilai-nilai ajaran Islam telah mulai tersebar sangat pesat di seantero dunia. Di belahan dunia Islam lainnya, Islam berada pada titik perkembangan pesat di Eropa. Perkembangan ini telah menarik perhatian yang lebih besar di tahun-tahun belakangan, sebagaimana ditunjukkan oleh banyak tesis, laporan, dan tulisan seputar "kedudukan kaum Muslim di Eropa" dan "dialog antara masyarakat Eropa dan umat Muslim." Beriringan dengan berbagai laporan akademis ini, media massa telah sering menyiarkan berita tentang Islam dan Muslim. Penyebab ketertarikan ini adalah perkembangan yang terus-menerus mengenai angka populasi Muslim di Eropa, dan peningkatan ini tidak dapat dianggap hanya disebabkan oleh imigrasi. Meskipun imigrasi dipastikan memberi pengaruh nyata pada pertumbuhan populasi umat Islam, namun banyak peneliti mengungkapkan bahwa permasalahan ini dikarenakan sebab lain: angka perpindahan agama yang tinggi. Suatu kisah yang ditayangkan NTV News pada tanggal 20 Juni 2004 dengan judul "Islam adalah agama yang berkembang paling pesat di Eropa" membahas laporan yang dikeluarkan oleh badan intelejen domestik Prancis. Laporan tersebut menyatakan bahwa jumlah orang mualaf yang memeluk Islam di negara-negara Barat semakin terus bertambah, terutama pasca peristiwa serangan 11 September. Misalnya, jumlah orang mualaf yang memeluk Islam di Prancis meningkat sebanyak 30 hingga 40 ribu di tahun lalu saja.
Gereja Katolik dan Perkembangan Islam
Gereja Katolik Roma, yang berpusat di kota Vatican, adalah salah satu lembaga yang mengikuti fenomena tentang kecenderungan perpindahan agama. Salah satu pokok bahasan dalam pertemuan bulan Oktober 1999 muktamar gereja Eropa, yang dihadiri oleh hampir seluruh pendeta Katolik, adalah kedudukan Gereja di milenium baru. Tema utama konferensi tersebut adalah tentang pertumbuhan pesat agama Islam di Eropa. The National Catholic Reporter melaporkan sejumlah orang garis keras menyatakan bahwa satu-satunya cara mencegah kaum Muslim mendapatkan kekuatan di Eropa adalah dengan berhenti bertoleransi terhadap Islam dan umat Islam; kalangan lain yang lebih objektif dan rasional menekankan kenyataan bahwa oleh karena kedua agama percaya pada satu Tuhan, sepatutnya tidak ada celah bagi perselisihan ataupun persengketaan di antara keduanya. Dalam satu sesi, Uskup Besar Karl Lehmann dari Jerman menegaskan bahwa terdapat lebih banyak kemajemukan internal dalam Islam daripada yang diketahui oleh banyak umat Nasrani, dan pernyataan-pernyataan radikal seputar Islam sesungguhnya tidak memiliki dasar. (1)
Mempertimbangkan kedudukan kaum Muslim di saat menjelaskan kedudukan Gereja di milenium baru sangatlah tepat, mengingat pendataan tahun 1999 oleh PBB menunjukkan bahwa antara tahun 1989 dan 1998, jumlah penduduk Muslim Eropa meningkat lebih dari 100 persen. Dilaporkan bahwa terdapat sekitar 13 juta umat Muslim tinggal di Eropa saat ini: 3,2 juta di Jerman, 2 juta di Inggris, 4-5 juta di Prancis, dan selebihnya tersebar di bagian Eropa lainnya, terutama di Balkan. Angka ini mewakili lebih dari 2% dari keseluruhan jumlah penduduk Eropa(2)
Kesadaran Beragama di Kalangan Muslim Meningkat di Eropa
Penelitian terkait juga mengungkap bahwa seiring dengan terus meningkatnya jumlah Muslim di Eropa, terdapat kesadaran yang semakin besar dalam menjalankan agama di kalangan para mahasiswa. Menurut survei yang dilakukan oleh surat kabar Prancis Le Monde di bulan Oktober 2001, dibandingkan data yang dikumpulkan di tahun 1994, banyak kaum Muslims terus melaksanakan sholat, pergi ke mesjid, dan berpuasa. Kesadaran ini terlihat lebih menonjol di kalangan mahasiswa universitas.(3)
Dalam sebuah laporan yang didasarkan pada media masa asing di tahun 1999, majalah Turki Aktüel menyatakan, para peneliti Barat memperkirakan dalam 50 tahun ke depan Eropa akan menjadi salah satu pusat utama perkembangan Islam.
Islam adalah Bagian Tak Terpisahkan dari Eropa
Bersamaan dengan kajian sosiologis dan demografis ini, kita juga tidak boleh melupakan bahwa Eropa tidak bersentuhan dengan Islam hanya baru-baru ini saja, akan tetapi Islam sesungguhnya merupakan bagian tak terpisahkan dari Eropa.
Eropa dan dunia Islam telah saling berhubungan dekat selama berabad-abad. Pertama, negara Andalusia (756-1492) di Semenanjung Iberia, dan kemudian selama masa Perang Salib (1095-1291), serta penguasaan wilayah Balkan oleh kekhalifahan Utsmaniyyah (1389) memungkinkan terjadinya hubungan timbal balik antara kedua masyarakat itu. Kini banyak pakar sejarah dan sosiologi menegaskan bahwa Islam adalah pemicu utama perpindahan Eropa dari gelapnya Abad Pertengahan menuju terang-benderangnya Masa Renaisans. Di masa ketika Eropa terbelakang di bidang kedokteran, astronomi, matematika, dan di banyak bidang lain, kaum Muslim memiliki perbendaharaan ilmu pengetahuan yang sangat luas dan kemampuan hebat dalam membangun.
Bersatu pada Pijakan Bersama: "Monoteisme"
Perkembangan Islam juga tercerminkan dalam perkembangan dialog antar-agama baru-baru ini. Dialog-dialog ini berawal dengan pernyataan bahwa tiga agama monoteisme (Islam, Yahudi, dan Nasrani) memiliki pijakan awal yang sama dan dapat bertemu pada satu titik yang sama. Dialog-dialog seperti ini telah sangat berhasil dan membuahkan kedekatan hubungan yang penting, khususnya antara umat Nasrani dan Muslim. Dalam Al Qur'an, Allah memberitahukan kepada kita bahwa kaum Muslim mengajak kaum Ahli Kitab (Nasrani dan Yahudi) untuk bersatu pada satu pijakan yang disepakati bersama:
Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)." (QS. Ali 'Imran, 3: 64)
Ketiga agama yang meyakini satu Tuhan tersebut memiliki keyakinan yang sama dan nilai-nilai moral yang sama. Percaya pada keberadaan dan keesaan Tuhan, malaikat, Nabi, Hari Akhir, Surga dan Neraka, adalah ajaran pokok keimanan mereka. Di samping itu, pengorbanan diri, kerendahan hati, cinta, berlapang dada, sikap menghormati, kasih sayang, kejujuran, menghindar dari berbuat zalim dan tidak adil, serta berperilaku mengikuti suara hati nurani semuanya adalah sifat-sifat akhak terpuji yang disepakati bersama. Jadi, karena ketiga agama ini berada pada pijakan yang sama, mereka wajib bekerja sama untuk menghapuskan permusuhan, peperangan, dan penderitaan yang diakibatkan oleh ideologi-ideologi antiagama. Ketika dilihat dari sudut pandang ini, dialog antar-agama memegang peran yang jauh lebih penting. Sejumlah seminar dan konferensi yang mempertemukan para wakil dari agama-agama ini, serta pesan perdamaian dan persaudaraan yang dihasilkannya, terus berlanjut secara berkala sejak pertengahan tahun 1990-an.
Kabar Gembira tentang Datangnya Zaman Keemasan
Dengan mempertimbangkan semua fakta yang ada, terungkap bahwa terdapat suatu pergerakan kuat menuju Islam di banyak negara, dan Islam semakin menjadi pokok bahasan terpenting bagi dunia. Perkembangan ini menunjukkan bahwa dunia sedang bergerak menuju zaman yang sama sekali baru. Yaitu sebuah zaman yang di dalamnya, insya Allah, Islam akan memperoleh kedudukan penting dan ajaran akhlak Al Qur'an akan tersebar luas. Penting untuk dipahami, perkembangan yang sangat penting ini telah dikabarkan dalam Al Qur'an 14 abad yang lalu:
Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai. Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (Al Qur'an) dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai. (QS. At Taubah, 9: 32-33)
Tersebarnya akhlak Islami adalah salah satu janji Allah kepada orang-orang yang beriman. Selain ayat-ayat ini, banyak hadits Nabi kita SAW menegaskan bahwa ajaran akhlak Al Qur'an akan meliputi dunia. Di masa-masa akhir menjelang berakhirnya dunia, umat manusia akan mengalami sebuah masa di mana kezaliman, ketidakadilan, kepalsuan, kecurangan, peperangan, permusuhan, persengketaan, dan kebobrokan akhlak merajalela.  Kemudian akan datang Zaman Keemasan, di mana tuntunan akhlak ini mulai tersebar luas di kalangan manusia bagaikan naiknya gelombang air laut pasang dan pada akhirnya meliputi seluruh dunia. Sejumlah hadits ini, juga ulasan para ulama mengenai hadits tersebut, dipaparkan sebagaimana berikut:
Selama [masa] ini, umatku akan menjalani kehidupan yang berkecukupan dan terbebas dari rasa was-was yang mereka belum pernah mengalami hal seperti itu. [Tanah] akan mengeluarkan panennya dan tidak akan menahan apa pun dan kekayaan di masa itu akan berlimpah. (Sunan Ibnu Majah)
… Penghuni langit dan bumi akan ridha. Bumi akan mengeluarkan semua yang tumbuh, dan langit akan menumpahkan hujan dalam jumlah berlimpah. Disebabkan seluruh kebaikan yang akan Allah curahkan kepada penduduk bumi, orang-orang yang masih hidup berharap bahwa mereka yang telah meninggal dunia dapat hidup kembali. (Muhkhtasar Tazkirah Qurtubi, h. 437)
Bumi akan berubah seperti penampan perak yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan ... (Sunan Ibnu Majah)
Bumi akan diliputi oleh kesetaraan dan keadilan sebagaimana sebelumnya yang diliputi oleh penindasan dan kezaliman. (Abu Dawud)
Keadilan akan demikian  jaya sampai-sampai semua harta yang dirampas akan dikembalikan kepada pemiliknya; lebih jauh, sesuatu yang menjadi milik orang lain, sekalipun bila terselip di antara gigi-geligi seseorang, akan dikembalikan kepada pemiliknya… Keamanan meliputi seluruh Bumi dan bahkan segelintir perempuan bisa menunaikan haji tanpa diantar laki-laki.  (Ibn Hajar al Haitsami: Al Qawlul Mukhtasar fi `Alamatul Mahdi al Muntazar, h. 23)
Berdasarkan pernyataan-pernyataan di atas, Zaman Keemasan akan merupakan suatu masa di mana keadilan, kemakmuran, keberlimpahan, kesejahteraan, rasa aman, perdamaian, dan persaudaraan akan menguasai kehidupan umat manusia, dan merupakan suatu zaman di mana manusia merasakan cinta, pengorbanan diri, lapang dada, kasih sayang, dan kesetiaan. Dalam hadits-haditsnya, Nabi kita SAW mengatakan bahwa masa yang diberkahi ini akan terjadi melalui perantara Imam Mahdi, yang akan datang di Akhir Zaman untuk menyelamatkan dunia dari kekacauan, ketidakadilan, dan kehancuran akhlak. Ia akan memusnahkan paham-paham yang tidak mengenal Tuhan dan menghentikan kezaliman yang merajalela. Selain itu, ia akan menegakkan agama seperti di masa Nabi kita SAW, menjadikan tuntunan akhlak Al Qur'an meliputi umat manusia, dan menegakkan perdamaian dan menebarkan kesejahteraan di seluruh dunia.
Kebangkitan Islam yang sedang dialami dunia saat ini, serta peran Turki di era baru merupakan tanda-tanda penting bahwa masa yang dikabarkan dalam Al Qur'an dan dalam hadits Nabi kita sangatlah dekat. Besar harapan kita bahwa Allah akan memperkenankan kita menyaksikan masa yang penuh berkah ini.
Dipetik dari: http://www.harunyahya.com/indo/artikel/067.htm

Tuesday, 20 November 2012

Himpunan Aman: Hentikan Jual Minyak Sawit Mentah Ke Israel


Kenapa Zionis Tekad Menyerang Meskipun Dikecam



Zionis sekarang sengaja mencetuskan api peperangan kerana yakin dengan kekuatan mereka serta mengetahui kemampuan Hamas dan Arab tidak mampu menandingi kekuatan tentera dan senjata moden yg mereka milki kini. Dengan kemarahan negara arab sekeliling mereka, mereka akan lancarkan provakasi dengan serangan yang kecil, jika ada tindak balas, mereka aka
n gunakan alasan untuk pertahankan diri dengan melancarkan serangan secara besar-besaran dan akhirnya terus menakluki wilayah mereka. Tiada lain sebenarnya melainkan demi mewujudkan ISRAEL RAYA sebelum RAJA YAHUDI PENYELAMAT DUNIA mahu ditabalkan.


DAJJAL


Siapa lagi kalau bukan RAJA YAHUDI Laknatullah. bila berbicara tentang dajjal, pelbagai komentar manusia. Ada yang percaya, ada yang tidak, tidak kurang tidak percaya langsung. Apakah mereka ingat, cerita dajjal ini seperti cerita fantasi dalam filem? Tentera-tentera dajjal memang telah berjaya. Mereka bersiap sedia menabalkan dajjal tetapi pada masa yang sama mereka menyebarkan idea di media massa bahawa
'fahaman kewujudan dajjal itu kolot', 'ini zaman moden'. Akibatnya ramai umat Islam sendiri yang terpengaruh serangan fikrah tersebut. Kalau tak percaya, cuba kita post di Facebook maklumat tentang dajjal, illuminati, atau freemason. Sudah pasti ada komen 'budak cerdik pandai' menggelarkan kita 'wah konspirator atau primitif dan sebagainya. Pesan penaja, apa guna berjuang ISLAM tetapi tidak mengenal sebenar-benar musuh. Cerita dajjal bukan bermula dari tulisan Muhammad Isa Dawud (penulis buku terkenal tentang akhir zaman). Bahkan sudah diberi amaran oleh Nabi Muhammad SAW 1400 tahun dahulu lagi berkenaan fitnah dajjal. Rasanya memadai hanya menyebut satu hadis riwayat Muslim. Boleh tambahkan bacaan untuk info selanjutnya. 

Dari Abu Salmah, beliau mendengar daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ; Mahukah kamu sekiranya aku menerangkan tentang Dajjal, suatu keterangan yang belum pernah diceritakan seorang nabi kepada kaumnya? Sesungguhnya ia buta sebelah mata, ia datang dengan membawa sesuatu seperti surga dan neraka. Maka apa yang dikatakannya surga adalah neraka dan aku telah memperingatkan kalian terhadapnya sebagaimana Nabi Nuh telah memperingatkan kaumnya. (Hadis riwayat Muslim)


FASA PERMULAAN PERANG

Umat Nabi Muhammad SAW boleh dibahagikan kepada 5 kategori:

1- Mengikut Rasullulah, fasa pertama bagi umat ini adalah ketika Nabi Masih hidup.
2- Pada zaman ini kita dapat melihat umat Islam diperintah
oleh 4 Khulafa’ Rashidin
3- Kemudian datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang “menggigit”. Mengigit di dalam hadith tersebut bermaksud mereka hanya menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka. Kita dapat lihat pada fasa ini, kerajaan Umayyah, Abassiyah dan Uthmaniyah dengan menggunakan sistem monarki
4- Zaman yang diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela, itulah zaman kini.
5- Dunia akan kembali diperintah mengikut cara Nabi berasaskan syariat Islam
Setelah habis bercerita mengenai 5 fasa tersebut, tiba-tiba Rasullulah diam dan diam tersebut bermaksud “sejarah manusia sudah tamat” .

(Boleh rujuk pembahagian zaman umat Nabi SAW pada Hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab Musnad Al-Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273. Juga terdapat di dalam Kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1, hadits nombor 5).

Ketahuilah sahabat2, FASA KE-4 ini akan kedatangan satu fitnah, itulah fitnah yang paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia. Itulah fitnah Al-Masih Ad-Dajjal.



KESIMPULAN

Zionis laknatullah sengaja mencetuskan perang untuk menjadi sebab pembinaan kerajaan dajjal. Apabila berlaku peperangan dan secara jujur penulis percaya, perang dunia ke-3 tidak boleh di elak lagi, berlaku hura-hara yang dasyat. Ketika itu, dajjal akan mengambil kesempatan menzahirkan dirinya sebagai penyelamat dunia. Tatkala umat manusia semuanya kelaparan, dajjal membawa makanan. Tetapi awas, makanan di beri kepada yang mengikutinya. Mereka yang berkeras(pertahankan iman) akan kelaparan. itulah ujian keimanan di akhir zaman. Suasana huru-hara perlu di wujudkan terlebih dahulu supaya manusia mengharapkan 'suatu kuasa' yang boleh membantu. Itulah yang di rencanakan Zionis sekarang. 







HARAPAN

Bersiap sedialah sahabat sekelian, penulis hanya menulis setakat yang di izinkan walhal terlalu banyak hendak di kongsikan. Apa yang sering di canang sebagai teori adalah fakta walaupun tidak semuanya benar. Kita pastinya berada di akhir zaman, maka banyakkan membaca hadis akhir zaman. Hadis akhir zaman perlukan fikiran yang panjang agar tidak tersalah faham. Pesanan bersama:

1-Berdoalah agar menjadi sebahagian tentera al Mahdi (kata guru kami, jangan sangka bila al Mahdi isytiharkan diri, orang Islam semuanya akan terima, bahkan ramai jua di kalangan umat Islam sendiri menolak. Mereka lebih percayakan hero-hero ciptaan barat dari SUPERHERO yang di janjikan oleh Rasulullah SAW. 

2-Mohon istikharah dari Allah, siapakah pemuda dari zuriat Rasulullah SAW menjadi al Mahdi supaya kita semua bisa berbaiaah kepadanya. MEREKA ADA HERO KITA LAGI ADA SUPERHERO.

Sahabat, masih belum terlambat untuk perbetulkan jalan. Jangan kita sangkakan keamanan yang dikecapi kekal. Sahabat-sahabat kita di Syria sebelum berlaku perang, juga tidak sangka mereka terjerumus dalam kancah peperangan sebagaimana kita sangka negara kita akan kekal aman. ARAB sudah HANCUR. NUSANTARA ? Ya, tidak lama. 





Bersamalah kita dalam kasih sayang. CINTA dan KASIH SAYANG berlandaskan cinta Rasulullah SAW adalah senjata paling ampuh melawan dajjal dan sekutu. 

Monday, 19 November 2012

C.Ronaldo Sumbang Kasut Bola Untuk Kanak-Kanak Palestin




Cristiano Ronaldo secara terbuka telah menunjukkan sikap prihatinya terhadap kanak-kanak Palestin di Gaza dengan menyumbangkan kasut bola  kepada Palestinian Kids Foundation. Berdasarkan laporan dari laman web Arab Kelab Real Madrid, kasut tersebut telah di lelongkan kepada orang ramai dan terbaru ia berjaya di jual dengan 2400 Uero dengan harga bidaan pertama 700 uero. Hasil jualan kasut bola tersebut akan di gunakan untuk membina sekolah kanak-kanak di Gaza.


Sebenarnya, ini bukan kali pertama Cristiano Ronaldo menunjukkan sokongan kepada orang Palestin. Sebelum ini, ketika beliau bermain untuk Manchester United, Ronaldo bergambar sambil memakai selendang Palsestin sebagai tanda sokongan beliau isu yang berlaku di Palestin. 


  
Sumber: cristianoronaldofan.net

* Satu muhasabah kepada diri sendiri. dari dulu asyik menyatakan sokongan terhadap Palestin, tetapi cukup kah sekadar sokongan? Sumbang duit pun ciput-ciput je. Sumbang pakaian? jauh sekali. Kadang-kala manusia terlalu banyak  bercakap sampai lupa untuk membuktikan. 

TG Haji Hadi: Saya Rela Mati Selepas Islam Menang


KOTA BHARU: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak berminat untuk menjadi perdana menteri dan "biarlah Islam menang dahulu sebelum beliau mati."

"Saya minta tuhan jadikan cita-cita saya menangkan Islam dahulu, lepas tu nak mati-matilah," ujarnya ketika dalam ucapan penangguhan
Muktamar Tahunan PAS kali ke-58 di Putik, petang tadi.



Beliau memberi respons itu ekoran ada perwakilan mencadangkan Abdul Hadi diangkat menjadi Perdana Menteri sekiranya menang dalam pilihan raya nanti.

Ustaz Hadi bagaimanapun mengucapkan ribuan terima kasih diatas kepercayaan Dewan Ulamak untuk melihat beliau menjaedi perdana menteri tetapi katanya, yang lebih penting Islam yang menang.

Sewaktu ucapan penangguhan hari ini, wakil Ulama dan Muslimat sekali lagi menegaskan hasrat itu.

Abdul Hadi sebelum ini, juga memberitahu beliau sanggup menjadi nelayan semula dan seboleh-bolehnya mahu menjadi khadam rakyat.

Ucapan Tuan Guru Abdul Hadi kali ini disifatkan yang terbaik pernah beliau berikan dengan pelbagai ragam ucapan dan gelak ketawa dan kadang-kadang serius.

"Bagi saya, Ustaz Hadi telah berjaya menjadi ayah kepada semua pemimpin, ahli dan pihak-pihak dalam PAS dalam ucapannya kali ini," kata seorang pemerhati muktamar ini.

Para petugas media juga membuat penilaian yang sama dan mereka menyifatkan ini adalah ucapan terbaik dari Presiden PAS yang berlangsung kira-kira satu jam itu. 


Hanya satu parti Islam



(Sebahagian pemerhati muktamar yang setia sehingga akhir muktamar)

Dalam pada itu, Abdul Hadi turut bangga apabila PAS satu-satunya parti Islam yang terus bertahan di Malaysia sehingga hari ini.

"Kita berjaya wujudkan satu sahaja parti Islam di negara ini. Di Indonesia, lebih dari satu parti Isam wujud. Kita bersyukur hanya PAS satu-satunya, tetapi kita ada banyak NgO Islam yang turut memberi pandangan kepada kita,"katanya.

Di akhir penangguhan itu, Abdul Hadi turut berpesan kepada para perwakilan agar membuat persiapan pilihan raya mengikut kemampuan dan kewangan yang ada tidak semestinya sama dengan musuh.

Tetapi katanya, dengan kesediaan dan keikhlasan yang ada, pasti akan datang pertolongan daripada Allah SWT.

"Kena ingat, BN jadi kuat dan menang pun sebab mereka pakai tongkat, dengan penipuan, politik wang, guna jentera kerajaan.

"Umpama kalau kita main bola, pemain BN 30, penjaga gol mereka 10 orang, lepas tu pula pengadil pun sepak bola masuk gol yang dijaga oleh seorang sahaja penjaga gol," katanya diringi sorakan dan tepukan para perwakilan.

Justeru, beliau mengajak semua perwakilan terus yakin dengan PAS kerana PAS merupakan bahtera yang paling kukuh dan kuat kerana dapat bertahan sehingga ke hari ini.

"Bahtera PAS terus bertahan walaupun menghadapi perjalanan yang jauh dan dilanda ribut. Tetapi jangan kita terjun! Kalau mabuk makan ubat kalau pening rehat sebentar. Jangan terjun sebab dibawah ada jerung!," katanya yang disambut Allahuakbar para perwakilan.


Sumber: Detikdaily

Sunday, 18 November 2012

Allahuakhbar ! Keajaiban di Peperangan Gaza

Allahuakhbar ! Keajaiban di Peperangan Gaza

Ini kisah benar yang diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.

Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza :




Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz 

Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.

Allahu Akbar!!!





Gaza Di Ambang Perang




GENTING GAZA - Pesawat tentera Yahudi mengebom bangunan-bangunan milik kerajaan Hamas di sini semalam, selepas kabinet Israel meluluskan kerahan tenaga tentera simpanan sehingga 75,000 orang sebagai persiapan untuk menceroboh dari arah darat.
Serangan udara tersebut memusnahkan pejabat Perdana Menteri, Ismail Haniyeh dan Kementerian Dalam Negeri Palestin.
Para pegawai di Gaza memberitahu seramai 41 rakyat Palestin, termasuk 20 orang awam yang terdiri daripada lapan kanak-kanak dan seorang wanita mengandung terbunuh sejak Israel memulakan operasi ketenteraannya empat hari lalu. Setakat ini, tiga orang awam Israel terbunuh akibat serangan roket pada Khamis.
Israel menyatakan tentera udaranya telah mengebom sekurang-kurangnya 180 sasaran sejak semalam. Ini termasuklah ibu pejabat polis, bangunan kerajaan, tempat pelancar roket dan sebuah pusat latihan Hamas.
Negara Yahudi itu melancarkan serangan udara secara agresif pada Rabu dengan tujuan menghalang pejuang Hamas daripada melancarkan roket ke wilayah selatannya.
Hamas menyatakan komitmen untuk meneruskan konfrontasi ke atas Israel.
Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memuji usaha Mesir untuk meredakan ketegangan di rantau terbabit. Obama turut kesal atas kematian orang awam di Palestin dan Israel. - Reuters
Sumber : Kosmo

Hijrah Pierre Andre, Satu Perkongsian


UCAPAN Pierre Andre saat menerima trofi Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012 menggegarkan banyak jiwa. Bermacam persoalan dan andaian juga dibuat. Paling utama, kecenderungan anak sulung pelakon handalan Khatijah Tan itu terhadap ilmu agama terbuka jelas.

"Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah," katanya membuka cerita tentang kehidupan baharu yang sedang dilaluinya ketika ini.
Jumaat lalu, Pierre membuka mulut di pentas yang disaksikan lebih empat juta penonton dengan kalimah 'Bismillah.'
"Anugerah paling hebat ialah kalimah 'Lailahaillallah,' jagalah kalimah ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad," ucap Pierre dalam majlis itu.
Menghuraikan lagi mesej sebenar yang ingin disampaikannya, kata Pierre:
"Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta doa kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya," katanya sambil meneruskan dengan satu pengakuan.
Demi untuk tidak mengelirukan khalayak terhadap perubahan yang berlaku ke atas dirinya, Pierre mengakui bahawa sudah lima bulan dia bergerak aktif dengan dengan mengikuti kumpulan tabligh.
"Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya 'kosong.' Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari.
"Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh. Biasanya kami keluar selama tiga hari dan bermalam di masjid dan surau yang kami singgah. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati saya," katanya menyertai jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang.
Berikut sedikit perbualan Sensasi Bintang bersama Pierre.
Mendalami agama itu banyak jalannya, kenapa pilih tabligh?
Orang selalu salah faham terhadap tabligh, tak kurang juga yang menuding jari masuk tabligh sebagai ikut ajaran sesat. Kita kena ingat, tabligh itu sifat Rasulullah. Rasulullah berdakwah selama bertahun-tahun sebelum turunnya hukum bersolat, puasa dan menunaikan zakat.
Bagaimana pula dengan kerja-kerja seni anda. Dunia hiburan sendiri dilihat lebih banyak mendedahkan seseorang itu ke jalan negatif?
Mulanya saya fikir begitu, tapi sahabat saya larang. Saya masih boleh berdakwah dalam bidang filem tapi kena lebih berhati-hati dalam bab agama. Paling utama kena masukkan unsur dakwah. Sekarang saya tiada karya terbaharu selain filem-filem yang telah dibikin sebelum saya berhijrah, jadi, jangan nilai siapa saya ketika dahulu, tapi nilai siapa saya ketika ini.
Mungkin ada perkembangan terbaharu yang lain?
Sekarang saya terlibat dengan projek filem pendek bersama kawan-kawan, selebihnya (saya) buat kerja-kerja penulisan. Saya mahu siapkan novel pertama, mungkin judulnya berbunyi Perjalanan Ke Darul Salam. Ia tentang penghijrahan seorang lelaki yang selama ini hidupnya kosong.
Adakah itu kisah sebenar yang berlaku kepada diri sendiri?
Tidak juga. Itu pemerhatian yang saya lihat selama ini.
Bagaimana amalan agama anda sebelum ini?
Selama ini pun saya percaya kepada Allah, tapi tahap keyakinan itu tidak seperti sekarang. Dahulu, saya Islam kerana dilahirkan sebagai orang Islam, sekarang saya Islam kerana kefahaman dan keyakinan saya terhadap agama Allah ini.
Ada sebarang sasaran?
Saya berminat mahu jadi pendakwah. Sebenarnya saya ada azam. Jika selama ini saya keluar selama beberapa hari sahaja, selepas ini saya mahu keluar rumah selama 40 hari pula. Kalau diizinkan Allah mungkin boleh sampai empat bulan dan kalau ada kekuatan mungkin dipanjangkan lagi selama setahun dan bukan hanya di Malaysia sahaja.
Apa rancangan Pierre dalam tabligh?
Nikah itu sebahagian daripada iman, saya juga mahu ke arah itu. Bagi saya, pengisian tabligh tidak boleh dilihat secara luaran sahaja, lihat juga dalaman. Ibaratnya, kalau hendak tinggalkan keluarga selama empat hari, bekalan yang ditinggalkan juga harus cukup untuk empat hari.
Apa kata kedua ibu bapa anda setakat ini?
Mummy (Khatijah Tan) sangat menyokong keputusan saya, ayah juga begitu sebab saya bukan buat perkara tidak baik, sebaliknya saya belajar dan mahu mengenal agama. Sejak sertai tabligh juga rezeki saya bertambah.
Sumber: Kosmo
Pandangan:
Alhamdulillah, dari kisah dapat kita simpulkan bahawa selagi hidup manusia tidak bermatlamatkan Allah dan Rasul, selagi itu manusia tidak pernah mencapai ketenangan. Manusia yang hidup sekadar menuruti hawa nafsu lalu mendakwa mereka tenang, mereka sebenarnya menipu diri mereka sendiri. Pesanan kepada diri dan sahabat-sahabat semua, apa lagi yang kita mahukan dalam hidup kita?
Pierre adalah contoh insan yang memiliki rupa, berharta dan popular. Tambahan pula segala impian waktu remajanya sudah tercapai. Umur 21 tahun sudah menggapai impian menjadi PENGARAH. So? apa lagi. adakah kita di ciptakan sedakar mengumpulkan harta dan pengkat lalu kita tinggalkan semuanya apabila KEMBALI kepada Pencipta?
Bukan salah mengejar kebendaan, harta dan seumpama, namun terlebih dahulu kita sayugianya bertanya kepada diri kita, adakah kita semakin menjadi seorang HAMBA atau semakin jauh dari Pencipta. 
Hidup adalah jambatan menuju alam akhirat. Disana matlamat sebenar. Hidup akan seronok dan tenang apabila apa yang di lakukan tepat pada masa, destinasi dan tujuan.   Sekian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...