لو كنت أعلم أني ما أوقره كتمت سرا بدا لي منه بالكتم
“Sekiranya aku mengetahui bahawa aku tidak boleh menghormatinya[tetamu],
sudah pasti aku sembunyikan rahsia yang terzahir bagiku iaitu uban dengan inai”
Perkataan penyair, لو كنت أعلم أني ما أوقره :(sekiranya aku mengetahui bahawa aku tidak
menghormatinya).
Tatkala al Imam menyatakan bahawa nasihat
uban tidak sepatutnya di abaikan, al Imam jua mengadu nafsu ammarah tidak
mendengar nasihat dan al imam telah memberi teguran yang baik disamping mengherdik
perbuatan-perbuatan manusia yang tidak menyedari hal demikian. Lantas al Imam
berkata:
لو
كنت أعلم أني ما أوقره: (sekiranya
aku mengetahui bahawa aku tidak menghormatinya)
Berdasarkan pendapat yang sahih, pengertian Ilmu dan makrifat adalah
sama.
Al Imam menyebut أني ما
أوقره
:(pasti sesungguhnya aku tidak menghormatinya) dengan membawa pengertian
berikut:
أني ما
أعظمه بفعل الجميل و ترك القبيح استحياء منه
“pasti sesungguhnya aku
tidak akan memuliakan dengan perbuatan yang baik dan meninggalkan perbuatan
tercela kerana malu”
Yang dimaksudkan dengan rahsia (السر) di sini ialah uban yang tumbuh paling awal. Di gelarkan uban
dengan sir kerana sebelum uban terzahir, ia tersembunyi.
Seterusnya lihat perkataan al Imam, بدا لي . al Imam menyandarkan لي (bagi saya)
kerana apabila uban turun kepada seseorang, kebiasaanya kehadiran ubat jelas disedari oleh seseorang. Hal ini kerana
manusia sangat mengambil penting penampilan diri mereka.
Maksudnya sekiranya aku mengetahui awal-awal
bahawa nasihat uban tidak sepatutnya di abaikan, perihal nafsu ammarah dan
kejahatan perangai yang tidak elok dan tambahan pula aku pernah tidak
menghormati uban, yakni aku tidak mengerjakan amalan-amalan soleh dan tidak
meninggalkan maksiat kerana malu akan terhadap uban, nescaya
aku tutup rahsia iaitu aku menyembunyikan.
Bait syair ini sebagai peringatan tentang memuliakan uban. Sesungguhnya
Allah SWT menamakan uban sebagai kemuliaan (وقار). Di riwayatkan:
Orang terawal melihat uban ialah Nabi Ibrahim a.s. lalu Nabi Ibrahim
bertanya kepada Allah:
Apakah ini ya Rabb?
Jawab Allah Taala:
Kemuliaan ya Ibrahim!
Lantas Nabi Ibrahim meminta:
Ya Allah, tambahkan pada aku kemuliaan.
Lalu terjadi dan uban memenuhi kepala Nabi Ibrahim a.s
Di dalam hadis qudsi, Allah Taala berfirman:
الشيب
نوري
“Uban ialah cahaya Aku”
Lihat: Kasyful Khafa(22/2), Faidhul Qadir(184/4) dari Hadis Anas dengan lafaz الشيب نور
No comments:
Post a Comment