SALAM MAHABBAH BUAT SEMUA SAHABAT

Sunday, 9 December 2012

Penyifatan Mendengar dan Melihat bagi Allah tidak sama dengan ber'tempat'

Pertanyaan, "Di mana ALLAH?" itu sendiri membawa maksud hendak mensabitkan tempat bagi-Nya. Kerana 'mana' membawa maksud tempat. Tempat adalah makhluk. ALLAH menciptakan makhluk. Bererti ALLAH menciptakan tempat. Maha Suci ALLAH daripada terikat dengan tempat.

Berbeza dengan pertanyaan, "Adakah ALLAH mendengar dan melihat?" Jawapannya, "Ya, ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Melihat." Pendengaran dan

 penglihatan adalah sifat. Mensabitkan sifat mendengar dan melihat pada ALLAH tidak bererti mensabitkan telinga dan mata pada Zat-Nya. Kerana penglihatan dan pendengaran tidak semestinya memerlukan alat.

Contohnya, kita sering mendengar bisikan hati kita sendiri. Adakah kita mendengarnya dengan telinga? Jika ya, bererti kita mencabut telinga kita dan meletakkannya di hati untuk mendengar bisikan itu. Ataupun menggunakan stetoskop. Tetapi bukan begitu. Kita mendengar bisikan hati kita bukan dengan telinga. Malah jika kita menggunakan stetoskop sekalipun, yang didengari hanyalah degupan jantung. Bukan bisikan hati.

Kita melihat pelbagai perkara di dalam mimpi. Adakah kita melihat mimpi itu dengan mata? Bagaimana ya, sedangkan tika itu mata kita tertutup dan kita sedang lena dibuai mimpi.

Ini menunjukkan bahawa sifat melihat dan mendengar itu wujud, cuma tidak semestinya ia memerlukan alat.

Jika itu terjadi pada diri kita yang baharu ini, maka ALLAH lebih hebat lagi daripada itu. Dia menciptakan kita dan meletakkan sifat pada diri kita bagi menunjukkan kesempurnaan-Nya. Pada diri kita ada dalil bahawa Dia berbeza dengan kita...

Wallahu a'lam.


credit to : Tuan Danial Domat(Facebook)


*Lafaz Basar (melihat) dalam bahasa arab yang di tujukan kepada ALLAH dan yang di gunakan untuk manusia membawa dua maksud yang berbeza. Jika ia di nisbahkan kepada ALLAH, maka ia satu sifat yang agung. bila ia dinisbahkan kepada manusia, ia bukan sifat kulliyat manusia tetapi sifat Juz'iyyah, kerana manusia memerlukan mata, cahaya. Apabila perkara tersebut ada, barulah sifat juz'iyyah 'melihat' itu wujud. Sebenarnya, tiada timbang tara pertanyaan ALLAH melihat dan manusia jua melihat, kerana kedua-duanya sepenuhnya berbeza. demikian jua perbahasan Sama'.  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...