Amanahkan Kepada Jiran
Ustaz, Insya Allah saya akan isteri akan menunaikan umrah
selama 2 minggu, jadi kami bercadang untuk mengamanahkan kepada jiran kami
supaya menjaga beberapa barang kemas dan kenderaan. Apa nasihat ustaz?adakah
cara ini dibenarkan oleh Islam?
Jawapan:
Apa yang saudara sebutkan itu dikenali akad al-ida’ atau
al-wadiah dalam perbahasan fiqah. Para ulama’ bersepakat bahawa akad ini
dibenarkan syara’. Malah ia suatu amalan yang digalakkan dalam Islam.
Firman Allah SWT:
58. Sesungguhnya Allah menyuruh
kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak
menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah
menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya)
itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah
sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
Rasulullah
saw juga bersabda yang bermaksud:
“Tunaikanlah
amanah terhadap sesiapa yang mengamanahkan kamu dan janganlah mengkhianati
sesiapa yang mengkhianati kamu”(Riwayat Abu Daud dan al Tirmidzi)
Malahan Rasulullah SAW sendiri sering di amanahkan oleh penduduk Makkah untuk menjaga
barangan mereka sebelum Baginda dilantik menjadi Rasul sehinggakan Baginda
dikenali sebagai al-amin(seorang yang amanah)
Rukun
dan Syarat Akad
Adakah
terdapat syarat-syarat yang perlu dipenuhi dalam melaksanakan akad tersebut?
Jawapan:
Secara
ringkas, majoriti fuqaha termasuk mazhab syafie menyatakan bahawa terdapat 4
rukun bagi akad al wadiah:
1-2: Dua pihak yang berkontrak(yang memberi amanah dan yang menerima amanah)
3.Barang
yang diamanahkan untuk disimpan
4.Sighah (lafaz
ijab dan Kabul)
Adapun
syarat ringkas bagi setiap rukun di atas adalah seperti berikut:
1.Pihak
yang memberi dan menerima amanah hendaklah terdiri dari mereka yang baligh dan
waras akal fikirannya. Ini bermakna, kanak-kanak dan mereka yang tidak waras
tidak boleh menjadi pihak yang boleh dipertanggungjawabkan untuk menjaga
sesuatu barangan.
2.Manakala
barang yang diamanahkan untuk simpanan pula hendaklah terdiri dari jenis
barangan yang boleh disimpan dan berada dalam kawalan ketika akad berlaku. Sesuatu
barangan yang diluar kawalan seperti burung di udara, ikan di lautan, haiwan
yang lari, kenderaan yang hilang dan seumpamanya tidak boleh menjadi subjek
atau barang yang boleh diamanahkan dalam akad al wadiah.
Cara Menjaga
Bagaimakah
barang tersebut sepatutnya dijaga?
Secara
umumnya, seseorang yang menerima amanah perlu menjaga barang amanah tersebut
sebagaimana ia menjaga barang kepunyaannya sendiri. Cara penjagaanya pula ialah
mengikut uruf (adat kebiasaan) sesuatu barang itu disimpan.
Ini
sudah tentu akan bergantung kepada jenis barangan itu sendiri. Misalnya barang
kemas biasanya disimpan ditempat yang berkunci, kenderaan di tempat letak
kenderaan, haiwan di kandang, ikan di dalam akuarium dan lain-lain lagi.
Mengamanahkan Pula Kepada Orang Lain
Bolehkah
seseorang yang menerima sesuatu barangan sebagai amanah untuk dijaga
mengamanahkan pula kepada orang lain untuk menjaganya? Contohnya seseorang
menerima barang amanah tersebut. Kemudian dia mengamanahkannya pula kepada
isteri atau anaknya.
Jawapan:
Ringkasnya: Ulama’
berbeza pendapat dalam isu ini. Namun secara umumnya, pihak yang menerima
amanah sepatutnya menjaga sendiri barangan yang diamanahkan kepadanya.
Huraiaan:
Majoriti
fuqaha’ berpendapat bahawa hanya suami, isteri atau anaknya sahaja yang
dibenarkan. Ini kerana mereka ialah orang yang dipercayai oleh penerima amanah. Manakala fuqaha
Hanafi pula berpendapat bahawa sesiapa sahaja yang dipercayai oleh penerima
amanah boleh diamanahkan seperti rakan kongsi perniagaan.
Sedangkan
fuqaha’ Syafie pula tidak membenarkan sama sekali barangan amanah itu
diserahkan kepada orang lain melainkan dengan izin tuan punya barangan amanah
tersebut.
Nasihat
Sebagai
rumusan dan untuk mengelak perselisihan di kemudian hari, adalah lebih elok
jika pihak tuan punya barang dan penerima barang berbicang terlebih dahulu hal
ini. Adakah barang tersebut diamanahkan pula kepada orang lain atau tidak? apabila
persetujuan dicapai, maka barangan amanah itu bolehlah di jaga mengikut cara
yang disepakati.
Barang
Amanah Rosak
Bagaimana
sekiranya barangan yang di amanahkan itu hilang atau rosak?adakah si penjaganya
wajib menggantikan semula?
Jawapan:
Pada
asasnya, wadiah ialah suatu akad amanah yang digalakkan oleh syarak. Kerosakan atau
kehilangan barangan amanah tidak perlu diganti melainkan dalam beberapa
keadaan. Antaranya:
a.berlaku
kecuaiaan dalam penjagaan barangan tersebut. Dengan kata lain, barang tersebut
disimpan dengan cara yang tidak sepatutnya. Misalnya, barang kemas yang tinggi
nilainya diletakkan di tempat terbuka dan tidak berkunci di ruang tamu rumah.
b.apabila
barangan tersebut diguna pakai oleh pemegang amanah khususnya jika tanpa
keizinan barang pemilik barang.
c.jika
pemegang amanah mencampurkan barangan amanah tersebut dengan barangan miliknya
sehingga tidak dapat dibezakan antara kedua-duanya. Misalnya, 5kg beras diamanahkan
dicampurkan sekali dengan beras milik pemegang amanah dalam satu bekas. Dalam keadaan
ini, maka ganti rugi hendaklah dibuat kerana tindakan itu dianggap sebagai
pencerobohan ke atas barangan amanah tersebut.
d.jika
pemegang amanah menyalahi mana-mana syarat yang disepakati bersama. Syarat-syarat
tersebut boleh jadi berkaitan dengan cara penjagaan, individu yang dibenarkan
menjaga dan lain-lain lagi.
Menjaga
haiwan jiran
Jika
barangan amanah tersebut merupakan binatang pemeliharaan yang memerlukan
makanan, siapakah yang bertanggungjawab membeli makanan tersebut?
Jawapan:
Pihak
pemilik haiwan bertanggungjawab menanggung kos makanan haiwan tersebut. Begitu juga
dengan barangan lain yang memerlukan kos tambahan. Kos tambahan ini hendaklah
ditanggung oleh pemilik barang tersebut.
Menyerahkan Semula
Bilakah
barangan amanah tersebut perlu diserahkan kembali kepada tuannya?
Jawapan:
Barangan
amanah tersebut hendaklah dipulangkan pada bila-bila masa yang diminta oleh
tuannya.
Sumber
tulisan: Prof Dr Ashraf Md Hashim, Ahli Jawatangkuasa Fatwa Majlis kebangsaan
bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Profesor Syariah INCEIF, Majalah al Ustaz
Isu No.5
No comments:
Post a Comment