SALAM MAHABBAH BUAT SEMUA SAHABAT

Monday, 24 December 2012

Pesanan Ayahanda: Belajar Menerima Kritikan & Mengakui Kesalahan

anakku, 

"Belajarlah menerima kritikan, belajar mengaku kesalahan dan belajar memohon maaf jika bersalah sebagai jalan penyucian jiwa demi perjalanan cinta kepada Allah dan Rasul. Sikap tiada mahu menerima kesalahan apalagi mewujudkan pelbagai helah untuk dilihat tiada bersalah adalah adab yg amat salah bagi para perindu Allah. ia masih menyintai sifat takbur dan sikap tersebut menambah menyuburkan lagi sifat tersebut, ia akan memadamkan cahaya hati perlahan-lahan sehingga makrifat dalam bentuk pandangan dan perasaan hilang tanpa disedari. "

"Sifat berdolak dalih dengan kesalahan adalah sifat iblis dihadapan Allah yg tak mahu mengaku kesalahan, malah apabila Allah menghukumnya dgn panggilan kafir, dia masih menunjukkan egonya dgn menyalahkan Adam sebagai punca ia dimurka, sehingga kini ia menjadi bani adam sebagai musuhnya lantaran tidak bersedia menerima bahawa dia bersalah dan wajib bertaubat pd Allah.."

Fahamilah duhai anakku, 

"
Air yang indah dan bersih dari gunung hanya akan mengalir turun ditempat yg rendah, begitulah juga ilmu hikmah yg indah dan bersih dari langit yg tinggi, hanya akan turun dlm jiwa yg merendah diri, semakin dalam kerendahan jiwanya maka semakin terlimpahlah mutiara ilmu.."

"Berebut-rebutlah lah mengejar cinta Allah dengan melatih memohon kemaafan apabila benar bersalah, ia adalah proses yang cepat menghancurkan sifat sombong dlm diri. Al Imam Ghazali menyatakan " mereka yang matang dalam rohani ialah mereka yang mengabungkan dua latihan iaitu zikir dan mujahadah.."

Semoga mendpt kefahaman.."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...