SALAM MAHABBAH BUAT SEMUA SAHABAT

Sunday, 9 December 2012

Teriakan Tanda Kiamat


bencana- bencana yang berlaku sekarang ini adalah bukti kekuasaan Allah SWT yang perlu diambil pengajaran. - Gambar hiasan

Tulisan oleh: Dr Zulkifli al Bakri

PADA ayat yang sebelumnya, Allah SWT menyuruh mereka bertakwa kepada-Nya dan mengingatkan supaya jangan menerima azab seperti yang pernah dialami oleh umat-umat terdahulu kerana mereka telah mendustakan para rasul.

Manakala dalam ayat yang berikutnya dia menerangkan pula keingkaran tentang hari kebangkitan semula manusia dan juga permintaan mereka agar hari kebangkitan tersebut didatangkan dengan segera dalam nada mengejek.

Kemudian diterangkan kepastian berlaku hari kebangkitan dan bangkit dari kubur masing-masing lantas mereka bertanya: Siapakah yang telah mengejutkan kami dari kubur? Kemudian dijawab: Allah SWT yang menentukan semua ini dan Dia telah menjanjikannya kepada rasul-rasul-Nya yang lepas.

Ibnu Kathir berkata: "Allah SWT mengkhabarkan tentang anggapan orang kafir yang mengatakan mustahil terjadinya hari Kiamat dalam kehidupan mereka."

Firman Allah SWT: 
Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka Kami sedia menunggu). (Yasin: 48)

Al-Maghari berkata: "Mereka berkata dengan nada mengejek-ejek serta memperolok-olok: Bilakah berlakunya hari kebangkitan manusia yang sering kali kamu ancamkan kepada kami, sama ada secara jelas atau samar jika kamu orang yang boleh dipercayai kata-katanya?"
Kata-kata di atas ditujukan kepada Rasulullah SAW dan orang Mukmin yang sentiasa membacakan ayat yang menyebut hari kebangkitan manusia dan menyuruh mereka beriman dengan peristiwa tersebut. Pertanyaan mereka dijawab oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT: 
Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing). (Yasin: 49)

Ibnu Jarir meriwayatkan daripada Ibnu Umar yang berkata: "Sebenarnya sangkakala akan ditiup ketika manusia berada di jalan, majlis-majlis dan pasar-pasar. Ketika itu sehelai kain masih berada di tangan dua orang yang sedang tawar-menawar, tiba-tiba mereka terkejut."

Itulah yang dimaksudkan Allah SWT dalam firman-Nya: 
Mereka tidak menunggu melainkan satu teriakan sahaja akan membinasakan mereka ketika sedang bertengkar.

Ibnu Kathir berkata: "Mereka tidak menunggu kecuali satu teriakan sahaja. Ketika ditiupkan sangkakala, manusia masih lagi bertengkar, tawar-menawar di pasar-pasar. Malaikat Israfil diperintahkan Allah SWT meniup dengan kuat dan berterusan, tidak satu makhluk yang terkecuali mendengarnya lantas semuanya dibangkitkan dan berkumpul di hari kiamat."

Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: 

Kiamat akan berlaku ketika dua orang masih merentang sehelai kain dalam proses tawar-menawar hingga kedua-duanya tidak sempat lagi meneruskan urusan jualbelinya, apatah lagi melipat semula kainnya itu.

Kiamat juga akan berlaku ketika seseorang baru menyimen kolahnya sebelum sempat mengisi air di dalamnya. Hari kiamat juga berlaku ketika seseorang membawa susu kambingnya tanpa sempat meminumnya. Kiamat juga akan berlaku ketika seseorang baru menyuap makanan ke dalam mulutnya sebelum sempat dia mengunyahnya.

Kemudian Allah SWT menerangkan kedatangan hari Kiamat yang begitu cepat dengan hanya satu teriakan sahaja malah lebih cepat daripada itu.

Firman Allah SWT: 
Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya), dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya. (Yasin: 50)

Ibnu Kathir berkata: "Atas yang mereka miliki kerana saat itu lebih penting daripada masalah tersebut."

Al-Maghari berkata: "Ketika itu mereka tidak lagi berpeluang membuat pesanan wasiat kepada seseorang di kalangan ahli keluarganya. Begitu juga dengan seseorang yang berpisah dengan keluarga tidak sempat lagi untuk berkumpul semula."

Pekikan itu datang dengan mendadak sehingga mereka akan mati berkaparan di mana sahaja ketika itu. Kemudian Allah SWT menerangkan pula tiupan sangkakala yang kedua akan ditiupkan nanti.
Marilah sama-sama kita menginsafi betapa kerdilnya kita yang akan melalui peringkat perjalanan yang jauh, bermula daripada kehidupan dunia menuju ke alam kubur seterusnya dibangkitkan menjadi hamba Allah yang perlu taat dan patuh kepada perintah-Nya. Ini kerana kebahagiaan yang hakiki ialah apabila seseorang selamat dari neraka Allah dan dapat menghuni syurga-Nya.


Artikel Penuh: Utusan  Melayu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kenali Manuskrip Melayu


MANUSKRIP yang ditulis di atas papan.
MANUSKRIP yang ditulis di atas daun nipah.

MANUSKRIP Melayu merupakan lambang kesarjanaan para cendekiawan Melayu dahulu. Kegiatan penulisan dan penghasilan manuskrip dalam pelbagai subjek bagi mewariskan ilmu dan pengetahuan mereka mengenai sesuatu perkara kepada generasi Melayu yang seterusnya.
Antara bidang penulisan manuskrip Melayu yang sering diketengahkan ialah seperti bidang keagamaan yang terdiri daripada ilmu tajwid, fekah, tasawuf, akhlak dan sejarah manakala dalam bidang tradisi Melayu tempatan seperti hikayat, budaya dan perubatan.
Manuskrip adalah nama yang diberikan kepada naskhah penulisan yang bertulis tangan. Manakala tulisan yang digunakan ialah Jawi.

Tulisan Jawi ialah tulisan yang diadaptasi daripada huruf-huruf Arab sebanyak 30 huruf dan Parsi sebanyak lima huruf bagi membentuk perkataan bahasa Melayu.
Bahan yang digunakan untuk menulis manuskrip Melayu ialah pen, dakwat dan kertas.
Pen yang digunakan oleh para penulis Melayu dahulu diperbuat daripada batang pelepah pokok resam.
Pokok resam ialah sejenis pokok daripada keluarga paku-pakis yang besar dan kebanyakannya tumbuh di kawasan hutan terutamanya di kawasan sejuk seperti di kawasan tanah tinggi.
Pelepah daun pokok resam diambil dan dibersihkan sebelum dipotong mengikut saiz dan mata pen yang diperlukan oleh penulis.

Bagi menghasilkan tulisan Jawi yang kemas, sudut potongan mata pen perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak mudah pecah dan boleh digunakan untuk masa yang lama.
Selepas pen, bahan lain yang diperlukan ialah dakwat untuk menulis. Terdapat beberapa bahan digunakan sebagai dakwat seperti yang ditemui oleh para pengkaji manuskrip Melayu. Selalunya dakwat yang digunakan oleh penulis Melayu ialah hitam.

Bahan-bahan untuk menghasilkan dakwat ini terdiri daripada bahan daripada sumber alam semula jadi yang berada dalam dengan kehidupan masyarakat Melayu seperti; jelaga, arang dan dakwat sotong.
Jelaga juga penting dalam penggunaan cap mohor seperti yang diterangkan oleh Annabel Gallop (2012) dalam buku Lasting Impression - Seals from the Islamic World bagaimana salah seorang Undang Johol telah menggunakan lampu minyak tanah dan mengasapi cap mohor beliau bagi menghasilkan jelaga sebelum mengecap dokumen rasmi dalam satu majlis pada 1948.

Satu lagi bahan asas penting yang diperlukan untuk menulis ialah kertas. Dalam penulisan manuskrip Melayu, kertas yang digunakan bukan seperti kertas yang boleh didapati pada hari ini.
Kertas di alam Melayu di panggil deluang yang diperbuat daripada lapisan kulit pokok seperti mulberi yang diketuk sehingga leper selepas lapisan dalam kulit pokok tersebut direndam sehingga lembut.
Kertas ini mempunyai tekstur dan tahan lama. Selain daripada kertas deluang, bahan lain yang digunakan untuk menulis ialah seperti; kayu, daun nipah dan daun lontar.

Permukaan setiap bahan yang digunakan untuk menulis menggunakan dakwat dan pen perlulah licin dan tidak terlalu kesat kerana ia akan mengganggu penulisan dan tulisan yang dihasilkan tidak jelas dan sukar untuk dibaca.

Selain kertas deluang, kertas yang diimport dari negara luar terutamanya dari Barat seperti; Belanda, Perancis dan England. Kertas-kertas import ini kebanyakannya ditanda dengan cap perniagaan tersendiri yang dikenali sebagai tera air. Ikuti sambungan siri 2 di artikel seterusnya.


Artikel Penuh: Utusan Melayu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, 6 December 2012

ISU-ISU MAZHAB BAGAIMANA SEPATUTNYA SIKAP KITA?




Persoalan bermazhab atau bertaqlid kepada mazhab tertentu adalah antara isu yang menjadi bahan perdebatan di kalangan umat Islam. Isu ini dilihat tidak sampai ke penghujung kerana sentiasa ada pemain baru yang mempolimikkannya.

Isu sebegini jika tidak ditangani dengan sebaiknya akan menatijahkan suatu keadaan yang tidak baik dalam masyarakat Islam terutama di Malaysia.
Dr. Luqman bin Hj. Abdullahpensyarah kanan di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya mengupas isu ini untuk tatapan bersama.


Bagaimana Berlakunya Sistem Pengamalan Mazhab Di Malaysia?

Satu kenyataan yang tidak dapat dinafikan umat Islam di Malaysia secara umumnya adalah bermazhab Syafi’i. kenyataan ini bukanlah bermaksud untuk menafikan kewujudan amalan-amalan mazhab selain Syafi’I di peringkat individu dan institusi, tetapi ia merujuk kepada fakta sejarah perkembangan Islam di Malaysia dan dominasi Mazhab Syafi’I dalam banyak aspek kehidupan beragama di kalangan umat Islam Malaysia.

Walaupun mungkin kebanyakan masyarakat mengamalkan Mazhab Syafi’i dalam kehidupan seharian secara warisan sahaja tanpa sebarang ikatan dengan maklumat ilmiah terhadap mazhab yang dianuti, ia sebenarnya adalah sebahagian daripada proses pengukuhan Mazhab Syafi’i dalam masyrakat Islam di Malaysia.


Apa Bukti Malaysia Menggunapakai Mazhab Syafi’i?

Kenyataan bahawa Malaysia bermazhab Syafi’i boleh dipertahankan atas alasan ia telah diinstitusikan dalam bentuk rasmi melalui fatwa-fatwa yang dikeluarkan, dan enakmen pentadbiran agama negeri-negeri yang menggunapakai Mazhab Syafi’I secara meluas dengan sedikit pengecualian kepada negeri Perlis.

Kedudukan yang rasmi ini sudah cukup untuk membuktikan kenyataan di atas. Penerimaan secara rasmi oleh sesebuah kerajaan terhadap sesuatu aliran sudah tentu memberi kesan secara langsung dari segi pengamalannya di peringkat rakyat.

Di peringkat masyarakat, kitab-kitab Mazhab Syafi’i menjadi teks utama untuk kuliah-kuliah pengajian sama ada peringkat rendah atau tinggi, sama ada bahasa Jawi atau bahasa Arab. Kurikulum pendidikan kebangsaan juga menggunakan sukatan fikah Mazhab Syafi’i bermula daripada tadika, KAFA dan menengah.

Kedudukan Mazhab Syafi’i di Malaysia diperkukuhkan lagi melalui peruntukan undang-undang melalui enakmen negeri-negeri. Mengambil kira sejarah perkembangan Mazhab Syafi’i di Malaysia, pihak berkuasa negeri telah mengambil langkah dengan lebih jelas iaitu menerima pakai Mazhab Syafi’i dalam fatwa-fatwa negeri.


Sebagai contoh Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 memperuntukkan dalam Seksyen 39 :

1. Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah Seksyen 34, atau memperakukan apa-apa pendapat di bawah seksyen 38, mufti hendaklah pada lazimnya mengikut pandangan-pandangan diterima (qaul muktamad) Mazhab Syafi’i.

2. Jika Mufti berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad Mazhab Syafi’i akan membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Mufti bolehlah mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi, Maliki dan Hambali.

3. Jika Mufti berpendapat bahawa tiada satu pun qaul muktamad daripada empat mazhab itu boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Mufti bolehlah menyelesaikan persoalan itu mengikut hematnya sendiri tanpa terikat dengan qaul muktamad daripada mana-mana mazhab yang empat itu.

Jelas daripada peruntukan di atas, keutamaan Mazhab Syafi’i dalam fatwa berbanding mazhab lain. Satu-satunya perkara yang diambil kira untuk menerima pakai mazhab selain Syafi’i adalah kepentingan awam.


Mengapa Diwujudkan Peraturan Sebegini?

Ini adalah satu bentuk siasah syariyyah daripada pihak pemerintah demi untuk menjaga kemaslahatan dan keharmonian hidup beragama di negara kita yang telah sebati dengan Mazhab Syafi’i. pada masa yang sama ia memberi ruang kepada mazhab lain dalam fatwa jika ada kepentingan awam.

Kaedah penyeragaman ini sangat perlu diambil perhatian oleh semua pihak, agar keharmonian hidup bermasyarakat Islam tidak tergugat dengan pendapat-pendapat yang lain daripada Mazhab Syafi’i, yang tidak perlu diketengahkan untuk masyarakat awam.

Dalam perkembangan yang sama, Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan telah memutuskan beberapa ketetapan seperti berikut :

1. Semua fatwa yang diputuskan mestilah berdasarkan kepada qaul yang muktamad dalam Mazhab Syafi’i. jika hendak beramal dengan qaul daripada mazhab lain maka perlu mendapat restu daripada Yang Di Pertuan Agong.

2. Umat Islam tidak dipaksa beramal dengan Mazhab Syafi’i bahkan boleh beramal dengan mana-mana mazhab lain yang disukai dengan syarat mereka tidak boleh menyalahkan orang-orang yang beramal dengan Mazhab Syafi’i.

3. Mazhab-mazhab lain tidak boleh diajar atau disyarah secara terbuka di khalayak ramai namun boleh diajar di masjlis-majlis pengajian.

4. Menjadi satu kesalahan jika mengajar mazhab lain selain daripada Mazhab Syafi’i secara terbuka.

5. Jika fatwa telah dikeluarkan berasaskan kepada Mazhab Syafi’i, maka tiada sesiapa pun boleh membantahnya dengan menggunakan hujah daripada mazhab yang lain.

Selain daripada itu, Jakim telah menerima pakai cadangan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam agar penyebaran fahaman-fahaman selain Mazhab Syafi’i hendaklah dikawal, bagi tujuan membendung fahaman yang boleh mengelirukan masyarakat yang tidak terdedah dengan perbezaan mazhab-mazhab. Cadangan ini telah diperkenalkan oleh Mesyuarat Majlis Raja-raja ke 133 (khas) pada 3 Disember 1984.

Apa yang jelas daripada peraturan ini adalah untuk menjaga orang awam daripada terdedah kepada kekeliruan aliran mazhab yang berbagai. Dengan kedudukan Mazhab Syafi’i yang telah sebati dengan kehidupan mereka, tentunya akan timbul kekeliruan jika mazhab lain turut didedahkan kepada awam.

Pegangan kepada Mazhab Syafi’i di Malaysia adalah sebenarnya selari dengan konsep bermazhab yang telah dikemukakan di atas. Tidak ada cacat celanya kepada kedudukan yang telah ada. Oleh itu, kita memandang serius jika ada pihak yang cuba bertindak di luar daripada kerangka bermazhab yang diamalkan di negara kita.

Ini bukan bererti menyekat daya intelek masyarakat ilmuan di tanah air, tetapi demi kelangsungan keamanan kehidupan beragama masyarakat Islam di sebelah sini. Pengamalan di tempat-tempat atau di negara lain sepatutnya menjadi pengajaran kepada semua pihak. Adalah penting untuk mengekalkan pengajaran Mazhab Syafi’i di peringkat orang awam dan juga pelajar sehingga tahap menengah agar wujud keseragaman dalam hal-hal keagamaan dalam masyarakat.


Apa Pendekatan Terbaik Menangani Isu Khlafiyyah?

Dalam menangani isu-isu khilafiyyah, adalah penting kita mengambil pendekatan yang dihuraikan olehSyeikh Ramadan al-Buti iaitu dengan menerima kenyataan bahawa ia adalah khilafiyyah dan tidak boleh untuk kita memaksa orang lain atau melabelkan dengan bidaah, sesat dan sebagainya.
Kita mengambil serius dengan perkembangan pihak yang suka melabelkan bidaah kepada pihak lain kerana kesannya di peringkat pengikut bawahan sangat sukar ditangani. Kita sepatutnya mengambil kaedah :

“Tidak ditolak perselisihan pada perkara khilaf, apa yang ditolak adalah perselisihan pada perkara yang telah disepakati.”

Jika sikap ini yang diambil, banyak masalah yang boleh diselesaikan dalam masyarakat. Kita tidak memeningkan masyarakat awam yang mudah keliru dengan perselisihan pandangan para ahli agama.

Kita juga memandang serius sikap ala-wahabi di negara kita yang melebelkan perkara khilafiyyah sebagai bidaah dan sesat dengan cara yang fanatik dan extreme, yang sekarang ini telah banyak meresap dan mempengaruhi anak-anak muda hasil daripada ketidakbijakan para ahli agama dalam menangani isu-isu begini.

Garis panduan yang diberikan oleh al-Buti adalah sebaik-baik panduan yang perlu diambil berat oleh setiap ahli agama. Kita boleh tidak bersetuju dengan beliau tetappi bagi penulis agak sukar untuk menolak pandangan beliau dalam hal-hal khilafiyyah ini.

Pandangan beliau adalah selari dengan pandangan majoriti ulama besar dunia kini yang membentuk arus utama dalam dunia Islam. Pandangan-pandangan lain sebagaimana yang dibawa oleh golongan wahabiyyah adalah tidak dapat menyelesaikan masalah dalam hal-hal khilafiyyah ini.

Dalam dunia sekarang, kita lebih memerlukan pandangan yang harmoni dan bermanhaj dengan manhaj utama umat Islam, bukannya manhaj serpihan yang hanya dipelopori oleh pihak yang mewakili golongan serpihan dalam dunia Islam.


Apa Kesimpulan Daripda Perbincangan Ini?

Isu bermazhab dan persoalan khilafiyyah adalah antara sekian banyak isu yang melingkari umat Islam kini. Daripada satu aspek, ia adalah sangat remeh tetapi dari aspek yang lain ia semakin menjadi isu besar apabila ada pihak cuba melihat perkara ini dalam bentuk yang bersifat prinsip.

Ada pihak yang melihat bermazhab sebagai satu perkara yang tidak perlu dan memberi laungan kembali kepada al-Quran dan hadis sahaja dengan meninggalkan segala khazanah fikah dan usulnya. Lebih parah lagi apabila hal ini dibawa dalam bentuk satu gerakan khusus dan bukan lagi satu perkara sampingan.

Isu ini dikembarkan pula dengan masalah membidaahkan umat Islam atas perlakuan yang melibatkan perkara khilafiyyah. Demi kepentingan keamanan umat Islam, sudah sampai masanya untuk para ilmuwan melihat perkara ini secara serius dan bertindak serta kembali kepada kerangka yang telah dihuraikan.

(Sumber : Majalah Q&A, ISU 11, m/s 109-111)
_____________________________________

“Bermazhab bukan bereti menyekat daya intelek masyarakat ilmuan tetapi demi kelangsungan keamanan kehidupan beragama masyarakat Islam Malaysia.”

Monday, 3 December 2012

Menyimpan Barangan ketika Bermusafir




Amanahkan Kepada Jiran

Ustaz, Insya Allah saya akan isteri akan menunaikan umrah selama 2 minggu, jadi kami bercadang untuk mengamanahkan kepada jiran kami supaya menjaga beberapa barang kemas dan kenderaan. Apa nasihat ustaz?adakah cara ini dibenarkan oleh Islam?

Jawapan:

Apa yang saudara sebutkan itu dikenali akad al-ida’ atau al-wadiah dalam perbahasan fiqah. Para ulama’ bersepakat bahawa akad ini dibenarkan syara’. Malah ia suatu amalan yang digalakkan dalam Islam.

Firman Allah SWT:
    
58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Rasulullah saw juga bersabda yang bermaksud:

“Tunaikanlah amanah terhadap sesiapa yang mengamanahkan kamu dan janganlah mengkhianati sesiapa yang mengkhianati kamu”(Riwayat Abu Daud dan al Tirmidzi)

Malahan Rasulullah SAW sendiri sering di amanahkan oleh penduduk Makkah untuk menjaga barangan mereka sebelum Baginda dilantik menjadi Rasul sehinggakan Baginda dikenali sebagai al-amin(seorang yang amanah)

Rukun dan Syarat Akad

Adakah terdapat syarat-syarat yang perlu dipenuhi dalam melaksanakan akad tersebut?

Jawapan:

Secara ringkas, majoriti fuqaha termasuk mazhab syafie menyatakan bahawa terdapat 4 rukun bagi akad al wadiah:

1-2: Dua pihak yang berkontrak(yang memberi amanah dan yang menerima amanah)
3.Barang yang diamanahkan untuk disimpan
4.Sighah (lafaz ijab dan Kabul)

Adapun syarat ringkas bagi setiap rukun di atas adalah seperti berikut:

1.Pihak yang memberi dan menerima amanah hendaklah terdiri dari mereka yang baligh dan waras akal fikirannya. Ini bermakna, kanak-kanak dan mereka yang tidak waras tidak boleh menjadi pihak yang boleh dipertanggungjawabkan untuk menjaga sesuatu barangan.

2.Manakala barang yang diamanahkan untuk simpanan pula hendaklah terdiri dari jenis barangan yang boleh disimpan dan berada dalam kawalan ketika akad berlaku. Sesuatu barangan yang diluar kawalan seperti burung di udara, ikan di lautan, haiwan yang lari, kenderaan yang hilang dan seumpamanya tidak boleh menjadi subjek atau barang yang boleh diamanahkan dalam akad al wadiah.

Cara Menjaga

Bagaimakah barang tersebut sepatutnya dijaga?

Secara umumnya, seseorang yang menerima amanah perlu menjaga barang amanah tersebut sebagaimana ia menjaga barang kepunyaannya sendiri. Cara penjagaanya pula ialah mengikut uruf (adat kebiasaan) sesuatu barang itu disimpan.

Ini sudah tentu akan bergantung kepada jenis barangan itu sendiri. Misalnya barang kemas biasanya disimpan ditempat yang berkunci, kenderaan di tempat letak kenderaan, haiwan di kandang, ikan di dalam akuarium dan lain-lain lagi.

Mengamanahkan Pula Kepada Orang Lain

Bolehkah seseorang yang menerima sesuatu barangan sebagai amanah untuk dijaga mengamanahkan pula kepada orang lain untuk menjaganya? Contohnya seseorang menerima barang amanah tersebut. Kemudian dia mengamanahkannya pula kepada isteri atau anaknya.

Jawapan:

Ringkasnya: Ulama’ berbeza pendapat dalam isu ini. Namun secara umumnya, pihak yang menerima amanah sepatutnya menjaga sendiri barangan yang diamanahkan kepadanya.

Huraiaan:

Majoriti fuqaha’ berpendapat bahawa hanya suami, isteri atau anaknya sahaja yang dibenarkan. Ini kerana mereka ialah orang yang  dipercayai oleh penerima amanah. Manakala fuqaha Hanafi pula berpendapat bahawa sesiapa sahaja yang dipercayai oleh penerima amanah boleh diamanahkan seperti rakan kongsi perniagaan.
Sedangkan fuqaha’ Syafie pula tidak membenarkan sama sekali barangan amanah itu diserahkan kepada orang lain melainkan dengan izin tuan punya barangan amanah tersebut.

Nasihat

Sebagai rumusan dan untuk mengelak perselisihan di kemudian hari, adalah lebih elok jika pihak tuan punya barang dan penerima barang berbicang terlebih dahulu hal ini. Adakah barang tersebut diamanahkan pula kepada orang lain atau tidak? apabila persetujuan dicapai, maka barangan amanah itu bolehlah di jaga mengikut cara yang disepakati.

Barang Amanah Rosak

Bagaimana sekiranya barangan yang di amanahkan itu hilang atau rosak?adakah si penjaganya wajib menggantikan semula?

Jawapan:

Pada asasnya, wadiah ialah suatu akad amanah yang digalakkan oleh syarak. Kerosakan atau kehilangan barangan amanah tidak perlu diganti melainkan dalam beberapa keadaan. Antaranya:

a.berlaku kecuaiaan dalam penjagaan barangan tersebut. Dengan kata lain, barang tersebut disimpan dengan cara yang tidak sepatutnya. Misalnya, barang kemas yang tinggi nilainya diletakkan di tempat terbuka dan tidak berkunci di ruang tamu rumah.

b.apabila barangan tersebut diguna pakai oleh pemegang amanah khususnya jika tanpa keizinan barang pemilik barang.

c.jika pemegang amanah mencampurkan barangan amanah tersebut dengan barangan miliknya sehingga tidak dapat dibezakan antara kedua-duanya. Misalnya, 5kg beras diamanahkan dicampurkan sekali dengan beras milik pemegang amanah dalam satu bekas. Dalam keadaan ini, maka ganti rugi hendaklah dibuat kerana tindakan itu dianggap sebagai pencerobohan ke atas barangan amanah tersebut.

d.jika pemegang amanah menyalahi mana-mana syarat yang disepakati bersama. Syarat-syarat tersebut boleh jadi berkaitan dengan cara penjagaan, individu yang dibenarkan menjaga dan lain-lain lagi.
Menjaga haiwan jiran

Jika barangan amanah tersebut merupakan binatang pemeliharaan yang memerlukan makanan, siapakah yang bertanggungjawab membeli makanan tersebut?

Jawapan:

Pihak pemilik haiwan bertanggungjawab menanggung kos makanan haiwan tersebut. Begitu juga dengan barangan lain yang memerlukan kos tambahan. Kos tambahan ini hendaklah ditanggung oleh pemilik barang tersebut.

Menyerahkan Semula

Bilakah barangan amanah tersebut perlu diserahkan kembali kepada tuannya?

Jawapan:

Barangan amanah tersebut hendaklah dipulangkan pada bila-bila masa yang diminta oleh tuannya.

Sumber tulisan: Prof Dr Ashraf Md Hashim, Ahli Jawatangkuasa Fatwa Majlis kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Profesor Syariah INCEIF, Majalah al Ustaz Isu No.5   

DIALOG UST SYAFI`I LUBIS DGN PEMUDA ANTI TALQIN


Oleh Ust. Muhammad Idrus Ramli

Di kalangan masyarakat kita, ketika ada orang meninggal dunia, dan dimakamkan, maka dibacakan talqin, yaitu sebuah tuntunan kepada si mayit agar mudah menjawab pertanyaan-pertanyaan Malaikat Munkar dan Nakir. Tradisi ini berlaku hampir di seluruh negara Islam yang menganut faham Ahlussunnah Wal-Jama’ah. Ada dialog me

narik seputar talqin ini, yang diceritakan oleh teman saya, Ustadz Syafi’i Umar Lubis dari Medan. Ia bercerita begini:

Sekitar bulan Maret 2010 ada seorang mahasiswa IAIN Sumatera Utara yang kos di salah satu sudut kota Medan. Tiap malam rabu ia belajar mengaji bersama kami di daerah Sunggal. Waktu itu kitab yang dibaca adalah kitab al-Tahdzib fi Adillat al-Ghayah wa al-Taqrib, karya Musthafa Dibul Bugha.

Mahasiswa ini sangat resah dengan keberadaan ponakannya yang belajar di Pondok As-Sunnah, sebuah pesantren yang diasuh oleh orang-orang salafiah wahabiah. Sepertinya anak itu telah termakan racun ajaran Salafi. Mahasiswa itu berjanji membawa keponakannya ke Majelis Ta’lim kami di Sunggal. Pada malam yang ditentukan datanglah mereka, bersama keponakannya itu, sebut saja dengan inisial X.

Setelah mereka berkumpul, saya bertanya, kira-kira apa yang akan kita diskusikan?

Pemuda X menjawab, “Banyak Ustadz, antara lain soal Talqin dan bid’ah”.
Saya bertanya, “Apa yang kita masalahkan dengan bid’ah itu?”

Pemuda X menjawab, “Ini Ustadz, bid’ah itu kan dosa dan pelakunya diancam siksa dalam banyak hadist” Demikian X itu menjawab.

Saya tanya, “Benar, kita sepakat bid’ah itu sebuah ancaman dan membahayakan sekali. Tapi perlu diingat, bid’ah itu tidak sampai mengeluarkan pelakunya dari nama Islam alias Murtad. Bid’ah itu ada kalanya berkaitan dengan aqidah, kadang dengan ibadah. Kamu tahu enggak apa itu Bid’ah?”

Pemuda X menjawab, “Sebagaimana yang kami pelajari, bid’ah itu ialah segala sesuatu yang menyangkut ibadah yang tidak ada di zaman Nabi dan dilakoni oleh Nabi dan Salafus Sholeh, seperti Talqin, Madzhab, Ushalli dan lain sebagainya.”
Saya berkata, “Definisi bid’ah seperti itu siapa yang membuatnya? Nabi, atau Sahabat, dan atau Tabiin?”

Pemuda X menjawab, “Itu rangkuman pemikiran saya saja.”

Saya berkata, “Kalau begitu definisi bid’ah menurut Anda itu kan tidak ada penjelasannya dari Nabi. Nah definisi Anda itu juga Bid’ah, kan definisi anda itu bukan keluar dari ucapan Nabi. Ok..? Ini sesuai yang Anda katakan.”
Mendengar umpan saya, X terdiam. Kemudian ia berkata, “Lalu bagaimana dengan hadisi “Man Ahdasta Fii Amrina haza Fahuwa Roddun“.
Saya balik bertanya, “Kenapa dengan Hadist itu?”

Pemuda: X berkata, “Hadist ini secara tegas menyingkap apa itu bid’ah.”

Saya berkata, “Benar, tapi perlu dicermati maksud kalimat, man ahdatsa fi amrina hadza ma laisa minhu. Menurut pemahaman Anda bagaimana dengan kalimat itu?”

Pemuda X menjawab: “Menurut saya pokoknya menciptakan Ibadah baru itu Bid’ah!!.”

Saya berkata: “Kalau begitu Anda memahami hadist itu pakai kacamata kuda dong.

Saya bertanya, apa arti ma laisa mihu dalam hadits tersebut? Tolong Anda jelaskan tiga kata ini.”
Ternyata X hanya terdiam tidak bisa menjawab.

Saya berkata: “Saudara, kata ahdatsa dalam hadits tersebut bermakna menciptakan sesuatu yang baru yang belum pernah ada sebelumnya. Sedangkan kata fi amrina, bermakna sesuatu yang merupakan urusan Agama kami, maksudnya suatu hal yang baru yang berkaitan dengan agama. Sedangkan kata ma laisa mihu, bermakna sesuatu yang tidak ada dalilnya secara langsung atau tidak langsung dari agama. Nah demikian itu baru dihukumi bid’ah. Makanya al-Imam al-Nawawi dalam Kitab al- Majmu’ Syarah al-Muhadzdzab menyatakan bahwa bid’ah adalah sesuatu urusan yang baru dalam agama yang tidak ada dalilnya. Dalil-dalil itu adalah al-Qur’an, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas. Selama masih ada dalilnya dari salah satu yang empat tersebut, maka itu bukan bid’ah. Anda kalau zakat fitrah pake apa? Seharusnya mesti pakai korma dong. Rasul SAW mengatakan tidak pernah pakai beras.



Rasul tidak mempraktekkan zakat fitrah pakai beras. Pakai beras itu Qiyas dari korma dan gandum. Jadi kalau tidak menggunakan Qiyas, tentu saja Islam ini sempit sekali. Demikian pula masalah Takhtim, Tahlil yang selalu diamalkan masyarakat kita, isinya adalah pembacaan al Qur’an, Tahlil dengan kalimat Laa lllaha lllalloh, Sholawat, lalu doa. Saya tanya Anda. “Apakah ada larangan membaca itu semua, baik menurut al-Qur’an dan hadist?”
Mendengar pertanyaan saya, Pemuda X menjawab: “Tidak ada.”

Saya berkata: “Apakah ada perintah membaca itu semua menurut al-Qur’an dan hadist secara umum?”

Pemuda X menjawab: “Ada.”

Saya bertanya: “Adakah larangan Allah dan Rasul untuk berdzikir, baca al-Qur’an dan lain sebagainya itu?”

Pemuda X menjawab:” Tidak ada.”

Saya berkata: “Nah! Kan tidak ada larangan. Sementara pengamalan tersebut ada sanjungan dari Allah dan Rasul, maka itu bukanlah bid’ah yang terlarang atau sesat. Anda faham!”

Pemuda X menjawab: “Emangnya apa sanjungan Allah dan Rasul-Nya?”

Saya menjawab: “Lho…!! Tidakkah pernah saudara dengar sebuah hadist shahih yang artinya, ‘Tidaklah sekelompok orang yang duduk sambil berzikir kepada Allah kecuali para malaikat akan mengelilinginya, rahmat kasih sayang Allah akan meliputinya, ketenangan akan diturunkan kepadanya dan Allah akan menyebut-nyebut mereka dihadapan makhluk yang ada disisiNya”. (HR Ahmad, Muslim, al-Tirmidzi, Ibn Majah, Ibnu Abi Syaibah dan al-Baihaqi dari Abi Hurairah dan Abi Sa’id al- Khudri).

Dalam hadist ini atau hadist lain tidak pernah ada larangan, kecuali ditempat-tempat kotor seperti di WC dan semacamnya.”
Mendengar penjelasan saya, Pemuda X terdiam. Kemudian ia angkat bicara: “Bagaimana masalah Talqin? Bukankah itu Bid’ah?”

Saya menjawab: “Begini saja supaya jelas. Lalu saya berdiri dan mengambil spidol dan menuliskan di Whiteboard, “TALQIN MAYIT BUKAN BID’AH TAPI KHILAFIAH” dan saya tanda tangani. Lalu saya suruh ia untuk menuliskan kalimat tandingan dari pernyataan saya.
Lalu iapun menuliskan “TALQIN MAYIT ADALAH BIDAH” dan ditanda tanganinya.
Lalu saya bertanya : “Kalau Talqin mayit adalah bid’ah berarti pelakunya diancam siksa?”

Pemuda X menjawab: “Ya.”
Saya bertanya: ‘Yang mengatakan bahwa talqin mayit itu bid’ah, siapa?”
Dengan semangat, X yang masih anak muda itu mengatakan: “Syaikhul Islam Ibn Taimiyah.”

Mendengar jawaban itu, saya pun mengambil kitab Majmu’ Fatawa Syaikh al-Islam Ibn Taimiyah. Lalu saya berkata: “Ini kitab Majmu’ Fatawa Ibn Taimiyah.” Sambil menunjukkan kepada hadirin semua, halaman 242 jilid 1, yang isinya adalah:

فأ جاب ….هذا التّلقين المذكور قد نقل عن طائفة من الصّحابة أنّهم أمروا به. كأبي أمامة الباهليّ وغيره ….فلهذا قال الامام احمد وغيره من العلماء : انّ هذا التّلقين لا بأس به. مجموع فتاوى ابن تيمية ١/٢٤٢



“Talqin yang tersebut ini (talqin setelah mayit dikuburkan) telah diriwayatkan dari segolongan sahabat bahwa menka memerintahkannya seperti Abi Umamah al-Bahili sertu beberapa sahabat lainnya, oleh karena ini al-lmam Ahmad bin Hanbal dan para ulama yang lain mengatakan bahwa sesungguhnya talqin mayit ini tidak apa-apa untuk diamalkan…” (Majmu’ Fatawa Ibn Taimiyah, juz 1 hal. 242).

Nah, Ibn Taimiyah tidak mengatakan bahwa talqin itu bid’ah, malah menyatakan ada dalilnya bahwa talqin itu dilakukan oleh sebagian Sahabat. Yang jelas ini masalah Khilafiah bukan masalah bid’ah!!!”

Mendengar penjelasan saya, Pemuda X pun terdiam. Tidak lama kemudian, ia pamitan pulang.“

Demikian kisah dialog publik antara Ustady Syafi’i Umar Lubis dari Medan Sumatera Utara dengan pemuda Wahabi

Jangan Belajar Agama Tanpa Guru


Ulama Salafi sekalipun mengakui pentingnya menuntut ilmu dari guru bukan hanya dengan membaca buku. Syaikh Bakar Abu Zaid berkata dalam kitab Hilyatu Thalib al-Ilmi:


تلقي العلم عن الأشيخ: الأصل في الطلب أن يكون بطريق التلقين والتلقي عن الأساتيذ والمثافنة للأشياخ والأخذ من أفواه الرجال لا من الصحف وبطون الكتب والأول من باب أخذ النسيب عن النسيب الناطق وهو المعلم أما الثاني عن الكتاب فهو جماد فأنى
ل
ه اتصال النسب؟ وقد قيل من دخل في العلم وحده خرج وحده أي من دخل في طلب العلم بلا شيخ خرج منه بلا علم إذ العلم صنعة وكل صنعة تحتاج إلى صانع فلا بد إذا لتعلمها من معلمها الحاذق

Malah Imam Hafiz al-Zahabi menegur orang yang mengambil ilmu tanpa guru tapi hanya merujuk pada kitab. Ini seperti yang disebutkan beliau ketika menterjamah Ali bin Ridwan al-Misri al-Thabib (w. 453 H): "Dia tidak memiliki guru tapi hanya menyibukkan diri dengan mengambil dari kitab-kitab. lalu mengarang kitab dari hasil kerjanya dengan bacaan kitab-kitab tadi, dan menyangka kitab-kitab itu lebih dekat dengan kebenaran daripada para guru. INI ADALAH SALAH!"

Oleh itu, wahai adik-adik sekalian, pergilah menuntut ilmu dengan guru. Janganlah confident bahwa kita boleh mendapatkan kebenaran hanya dengan membaca buku. Apatah lagi, tidak pernah memiliki riwayat menuntut dengan guru, lalu sudah berani mengarang buku-buku agama apatah lagi berani mentarjih hukum sesuka hati. Semoga Allah menjaga kita dari kesesatan yang nyata. Amin!


Saturday, 1 December 2012

Sekitar Persoalan Hukum Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah


Iman

Iman adalah membenarkan تصديق) ( segala perkara  yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW yang diketahui dari agama dengan jalan dhoruroh (perkara mudah diketahui tanpa berhajat kepada berfikir seperti orang Islam wajib solat. Maklumat tersebut jika di tanya kepada kanak-kanak atau mereka yang baru mengenali Islam sekalipun, mereka boleh menjawab. ) secara ijmal (umum) atau secara tafsil (terperinci).

Apa yang dibawa oleh Sayyiduna Muhammad SAW adalah Islam yang tiada kejayaan bagi seseorang melainkan setelah memeluknya.

 Ini kerana Allah SWT telah berfirman dalam Surah al An’am ayat 162-163:

162.katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
163.Tiada sekutu bagiNya, dan Dengan Yang demikian sahaja Aku diperintahkan, dan Aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam Yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)". (Surah al An’am ayat 162-163)


Allah SWT berfirman lagi dalam Surah Ali Imran ayat 20:

20.Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (Wahai Muhammad), maka katakanlah: "Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang Yang mengikutku". dan Bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberi kitab, dan orang-orang Yang "Ummi" (orang-orang musyrik Arab): "Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (ugama Islam Yang Aku bawa itu)?" kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperoleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka Sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu). dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya.”(Surah Ali Imran ayat 20)


Memadai dengan hujah-hujah di atas, bahawa dapat difahami tiada kejayaan dalam diri seseorang disisi Allah Taala kecuali berada dalam agama Islam.

Allah SWT berfirman lagi dalam Surah ali Imran ayat 84-85:

84.Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa Yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa Yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa Yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah Kami berserah diri (Islam)".
85.Dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi. (Surah ali Imran ayat 84-85)


Allah SWT berfirman dalam Surah al Baqarah ayat 132:

132.dan Nabi Ibrahim pun berwasiat Dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu Dalam keadaan Islam". Agama Islam adalah agama Allah yang telah diutuskan untuk sekelian Rasul-Nya. (Surah al Baqarah ayat 132)


Allah SWT berfirman dalam Surah ali-Imran ayat 67:

67. bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk ugama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk ugama Kristian, tetapi ia seorang Yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.(Surah ali-Imran ayat 67)


Hukum Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Kalimah Syahadah:

“Aku bersaksi tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi Nabi Muhammad Utusan Allah”

1.Menuturkan kalimah syahadah adalah wajib bagi orang yang bermampuan dan berkuasa, untuk mengesahkan keimanan.

2.Orang yang tidak berkuasa iaitu orang yang bisu, oleh itu tidak di tuntut terhadap mereka menuturkan syahadah.

3.Orang yang tidak bermampuan ialah orang yang tiba-tiba terputus keinginan diri sebelum  sahaja menuturkan syahadah tanpa diselangi jangka masa yang panjang(atau erti kata lain, berhajat nak mengucap syahadah, tetapi tiba-tiba diserang penyakit yang memutuskan keinginan diri) . Mereka adalah mukmin di sisi Allah.

4.Tidak memadai menggantikan lafaz أشهد dengan kalimah lain, sekalipun kalimah lain itu mempunyai maksud yang sama dengan أشهد.

5.Menuturkan syahadah membawa makna penyembahan, oleh sebab itu, wajib tertibترتيب  antara dua syahadah dan muwalat موالاة  antara keduanya.

6.Keislaman seseorang sah sebaik sahaja mengucapkan syahadah meskipun bukan dalam bahasa arab, namun, mengucapkan dalam bahasa arab lebih baik.

7.Tidak memadai mengucapkan dua kalimah syahadah sekiranya penutur tidak memahami kehendak makna dua syahadah tersebut.

8.Wajib beriman dan ikrar bahawa risalah Nabi Muhammad SAW untuk seluruh alam samada arab atau bukan arab عجم.

9.Mengucap kalimah syahadah adalah syarat berlaku hukum-hakam orang beriman terhadap penuturnya. Undang-undang yang dimaksudkan ialah seperti hak warisan harta pusaka, pernikahan, solat jenazah, tanam di perkuburan orang Islam dan tuntutan untuk dilaksanakan seperti solat dan berzakat.
Hal ini kerana membenarkan Iman itu di dalam hati dan ia tersembunyi atau tidak boleh dikesan oleh pancaindera. Oleh kerana itu, alamat dan petunjuk zahir keimanan itu wajib. Barangsiapa yang ikrar hanya di lisan tanpa disertakan di hati, mereka adalah munafiq. Hukum-hakam orang beriman tetap berlaku keatas mereka di dunia tetapi disisi Allah mereka bukan orang beriman. Perkara yang disebutkan selagi mereka tidak menunjukkan kekufuran dengan perlakuan yang zahir seperti sujud pada berhala atau menghina al Quran.

10.Adapun orang-orang yang enggan iaitu mereka yang diperintahkan mengucap dua kalimah syahadah lalu mereka enggan, mereka adalah kafir di hukum-hakam dunia dan disisi Allah. Tiada manfaat terhadap mereka jika mereka hanya membenarkan iman di dalam hati.

11.Barangsiapa yang terlintas kecurigaan شبهة, mereka wajib bersegera menghilangkannya dengan berfikir terhadap dirinya atau bertanya kepada ahli ilmu. 

Ini kerana Allah SWT telah berfirman dalam Surah al Baqarah ayat 23:

23.dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa Yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah Yang sebanding Dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang Yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang Yang benar.”(Surah al Baqarah ayat 23)


Allah SWT berfirman lagi dalam Surah Yunus ayat 94:

94.Oleh sebab itu, sekiranya Engkau (Wahai Muhammad) merasa ragu-ragu tentang apa Yang Kami turukan kepadaMu, maka Bertanyalah kepada orang-orang Yang membaca Kitab-kitab Yang diturunkan dahulu daripadamu (kerana mereka mengetahui kebenarannya). Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu, maka jangan sekali-kali Engkau menjadi dari golongan Yang ragu-ragu.”(Surah Yunus ayat 94)


Allah SWT berfirman lagi dalam Surah Al Anbiya’ ayat 7:

7.dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (Wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki Yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka Bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.”(Surah Al Anbiya’ ayat 7)


12.Barangsiapa yang hatinya dilintasi dengan pelbagai lintasan dan perasaan was-was tetapi tidak sampai tahap curiga, hendaklah meminta perlindungan dengan Allah lalu berkata:

أمنت بالله ورسوله
“aku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya”

Selanjutnya Allah SWT berfirman lagi dalam Surah Al-A’raf ayat 200:

200.dan jika Engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”(Surah Al-A’raf ayat 200)

13.Anak-anak orang Islam dihukum orang beriman. Hukum-hakam duniawi akan berlaku keatas mereka sekalipun merkea tidak pernah mengucap dua kalimah syahadah sepanjang umur mereka.


Rujukan : Aqidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah, Syaikh Ali Jumaah, Mufti Republik Mesir








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...